Permohonan Pasport Secara Online


Jabatan Imigresen akan memperkenalkan perkhidmatan percubaan  permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.  Perkhidmatan berkenaan akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan


Perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen selaras dengan usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara.  Usaha ini diharapkan dapat menambahbaik mutu perkhidmatan yang disediakan jabatan berkenaan.


Setakat ini jabatan imigresen mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran passport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang.


Malaysia akan menjadi satu-satunya negara yang menggunakan teknologi moden dalam proses permohonan dan pengeluaran pasport yang mempunyai ciri-ciri cip keselamatan canggih yang tidak digunakan di kebanyakan negara lain.


Setakat ini permohonan boleh dibuat di semua pejabat cawangan, termasuk di pintu masuk utama, tetapi ibu pejabat negeri sahaja bertanggungjawab mengeluarkan passport berkenaan melalui prosedur.

Sumber : Bernama
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened