Belajar Secara Online


Ibu bapa, anak-anak sila ambil perhatian. Program pembelajaran online terkini telah dilancarkan. Pelajar-pelajar Tahun 4, 5, 6 dan Tingkatan 1, 2, 3 terutamanya yang bakal menduduki UPSR dan PMR iaitu Tahun 6 dan Tingkatan 3 digalakkan menyertai program ini.


Latihtubi.com merupakan satu sistem pembelajaran secara online yang membolehkan pelajar menjawab set-set soalan latihan secara online dengan mudah, pantas dan berkesan. Sistem ini direka khas supaya memudahkan pelajar menjawab soalan latihan secara digital dan interaktif. Latihtubi.com mengandungi pelbagai bentuk jenis soalan yang menyerupai bentuk soalan sebenar supaya pelajar dapat membiasakan diri untuk menjawab ujian dan peperiksaan yang sebenar. Setiap soalan mempunyai susun atur yang kemas untuk keselesaan pelajar.


Kelebihan LatihTubi.com

Sistem ini adalah alternatif kepada sistem yang sedia ada di mana pelajar menjawab set-set soalan di buku-buku latihan dan kemudian menyemak jawapan sendiri. Dengan sistem latihtubi.com ini, pelajar dapat menjimatkan masa kerana jawapan akan disemak dan markah akan diberikan terus oleh sistem setelah selesai menjawab set soalan. Dengan itu, pelajar dapat menjawab lebih banyak set soalan pada satu masa setelah selesai mengulangkaji sesuatu pelajaran.


Meningkatkan Prestasi Pelajar

Buku rekod turut disediakan supaya pelajar dapat melihat prestasi mereka sepanjang menggunakan sistem ini. Semua keputusan atau markah akan direkodkan di sini. Pelajar juga boleh menyemak semula set soalan yang telah dijawab tersebut untuk tujuan ulangkaji.


Lebih Latihan

Set-set soalan latihan latihtubi.com dihasilkan oleh guru-guru yang berpengalaman luas dalam membuat soalan-soalan peperiksaan. Set-set soalan latihan ini akan sentiasa diperbaharui setiap masa supaya pelajar-pelajar latihtubi.com dapat menjawab sebanyak mungkin set-set soalan latihan dalam sesuatu masa.

Ahli latihtubi.com juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pelbagai pertandingan yang mencabar minda dan kreativiti pelajar. Pertandingan tersebut akan dinyatakan kelak di laman web latihtubi.com ini.


Ciri-ciri Menarik LatihTubi.com

  • Merangkumi semua set soalan latihan topikal, ujian dan peperiksaan di setiap tahap.
  • Set soalan ditambah dari semasa ke semasa.
  • Jenis bentuk soalan berdasarkan format peperiksaan sebenar dan di dalam buku latihan.
  • Mengandungi jam masa untuk set soalan yang diberi tempoh masa.
  • Terdapat panel soalan untuk menyemak soalan yang sudah atau belum di jawab.
  • Pengiraan markah secara automatik sejurus tamat menjawab set soalan.
  • Set soalan yang telah dijawab boleh di ulangkaji untuk menyemak jawapan yang betul.
  • Semua keputusan disimpan di dalam buku rekod pelajar untuk mengetahui prestasi terkini pelajar.
  • Pelajar yang mendapat keputusan tertinggi akan di paparkan pada laman senarai pelajar terbaik.
  • Bahan bacaan seperti tip-tip belajar, peperiksaan, motivasi, pengetahuan am untuk bacaan pelajar.
  • Permainan interatif yang mencabar minda pelajar seperti Sudoku, Guess Word, Brain Machine, Robo Chess, Line Up and Type n Pop.
  • Pelbagai pertandingan mencabar dengan hadiah menarik menanti pelajar.


10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjadi Ahli LatihTubi.com

Mudah - Hanya terus menjawab di depan komputer anda pada bila-bila masa.

Teratur - Susunan soalan mengikut tahap, kategori dan topik serta susun atur soalan yang kemas untuk keselesaan anda menjawab soalan.

Mesra pengguna - Reka bentuk laman web yang mudah digunakan.

Pantas - Sistem dibangunkan dengan menggunakan teknologi web 2.0 terkini. Halaman dipaparkan dengan cepat.

Jimat masa - Markah akan diberi sejurus tamat menjawab set soalan latihan, oleh itu anda boleh menjawab lebih banyak latihan dalam satu masa.

Lebih latihan - Set soalan akan sentiasa ditambah dan anda boleh membuat latih-tubi berterusan.

Berpatutan - Harga untuk ahli hanya serendah RM 10 sebulan. Tiada cas tersembunyi.

Pelbagai aktiviti - Terdapat bahan bacaan, permainan dan kuiz.

Buku rekod - Buku rekod disediakan untuk merekod semua keputusan dan membantu menilai tahap prestasi anda.

Pertandingan dan Hadiah Menarik - Terdapat pertandingan yang mencabar dan hadiah-hadiah menarik menanti anda.


Untuk mendaftar sila klik di sini.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened