Patuhi Peraturan Jalan Raya

Hari ini bermulalah cuti penggal kedua persekolah di Malaysia dan baru sebentar tadi aku menonton Buletin Utama di TV3, “Lima Kemalangan Dalam Tempoh Dua Jam”. Aku cukup trauma dengan kemalangan apatah lagi kalau membabitkan kehilangan jiwa. Untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku, aku titipkan beberapa petua yang sepatutnya kita ikut sebelum memulakan sebarang perjalanan terutamanya perjalanan jauh. 


Rancanglah perjalanan anda untuk mengelakkan berlaku keadaan kelam-kabut pada saat-saat akhir.  Pastikan anda mendapat rehat secukupnya, terutama sebelum memulakan perjalanan jauh.  Jangan memandu dalam keadaan letih, mengantuk atau apabila mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.  Periksa tayar, brek dan lampu isyarat sebelum memulakan perjalanan.
 
 
Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan kerana ia merupakan kelajuan maksimum yang selamat bagi jalan yang anda gunakan.  Perlahankan kenderaan apabila hujan kerana keadaan jalan yang basah dan licin menyebabkan kenderaan mudah terbabas jika dipandu laju.  Untuk meningkatkan kadar kebolehlihatan, nyalakan lampu kencil, bukan lampu kecemasan.
 
 
Jangan menukar lorong dengan sesuka hati kerana perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada anda dan pengguna jalan raya lain.. berilah isyarat dan patuhilah semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.
 
 
Patuhilah peraturan keselamatan apabila berada di persimpangan.  Perlahankan kenderaan apabila lampu kuning bernyala dan berhenti apabila ia bertukar merah.
 
 
Berilah keutamaan kepada pejalan kaki di kawasan lintasan belang.
 
 
Jangan mengekori kenderaaan terlalu rapat.  Perbuatan ini amat berbahaya.
 
 
Jangan memotong di zon larangan dan jika berasa teragak-agak.
 
 
Jangan potong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.  Perbuatan ini boleh menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya lain.
 
 
Elakkan mencelah di antara kenderaaan apabila memandu.  Perbuatan ini menyebabkan anda sukar dilihat oleh pengguna jalan raya lain kerana anda bergerak keluar dan masuk dari kawasan yang tidak nampak (blind spot).
 
 
Sentiasalah memakai tali pinggang keledar dan pastikan semua penumpang kenderaan anda juga berbuat demikian.
 

Basikal Berkonsepkan Arnab

Pernahkah anda melihat basikal yang berkonsepkan arnab? Ha... ini dia....







 

PANDUAN MENGHADAPI CUACA PANAS


Seperti mana yang kita maklum, sekarang kita sedang mengalami musim panas yang terkadang melampau. Keluar sahaja dari pintu rumah mahupun kereta, sudah terasa bahangnya. Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan kesukaran dan mengakibatkan kematian. Selain itu, potensi untuk peningkatan penyakit juga amat tinggi. Antara golongan yang berisiko tinggi ialah seperti kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan ataupun obesiti.


PANDUAN MENGHADAPI CUACA PANAS MELAMPAU

  • Minum air dalam kuantiti yang sewajarnya. Seelok-eloknya 8 gelas air sehari.
  • Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Elakkan juga pakaian yang berwarna terang.
  • Elakkan berada di bawah panas matahari untuk tempoh masa yang lama.  Seelok-eloknya, sentiasa berada di tempat yang redup.
  • Kerap mandi atau membasahkan badan.
  • Ketika berada di tempat terbuka, pakai topi atau payung yang dapat melindungi bahagian muka.
  • Penggunaan losen / krim pelindungi suria pada bahagian kulit yang terdedah amat relevan.
  • Jika keluar membeli-belah, elakkan daripada meninggalkan kanak-kanak dan orang tua di dalam kenderaan yang tertutup.
  • Elakkan senaman fizikal yang mengeluarkan peluh yang berlebihan. Sebaik-baiknya lakukan bersama kawan-kawan dan berhenti berehat bila terasa letih.
  • Elakkan membakar di kawasan terbuka kerana ia boleh mengundang kepada kebakaran yang lebih besar.
  • Yang paling penting JANGAN MEMBAZIR AIR.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened