Tarikh Lihat Anak Bulan Aidiladha Petang 6 Nov


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.  30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah.:

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


Lokasi-Lokasi Melihat  Anak Bulan Aidiladha :

-  Pontian Kecil, Johor.

-  Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

-  Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

-  Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.

-  Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.

-  Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.

-  Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan

-  Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.

-  Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

-  Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.

-  Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.

-  Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

-  Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

-  Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.

-  Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

-  Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

-  Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.

-  Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.

-  Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.

-  Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.

-  Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.

-  Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

-  Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

-  Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.

-  Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.

-  Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.

-  Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

-  Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

-  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.

-  Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

Sumber : Bernama
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened