Noh Hujan & Mizz Nina Bertunang


Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka telah pun bertunang pada hari Sabtu, 6 November lalu. Mereka turut mengumumkan tarikh yang telah dipilih untuk upacara pernikahan iaitu pada 1 Julai tahun depan. Manakala majlis persandingan tertutup yang bakal dihadiri tetamu kenamaan, sahabat dan keluarga terdekat bakal berlangsung pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis resepsi untuk teman industri dan rakan media pula bakal diadakan pada 6 Julai di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

Mereka menjalin perkenalan sejak penghujung tahun lalu, Mizz Nina menegaskan bahawa majlis pertunangan yang dilangsungkan secara tertutup adalah atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Mizz Nina di Ampang turut dihadiri keluarga Noh yang terbang dari Miri, Sarawak. Hanya lebih kurang 50 tetamu jemputan terdekat hadir menyaksikan upacara bersejarah tersebut.

Pasangan tersebut turut mewar-warkan jumlah wang hantaran yang bakal diterima pihak perempuan iaitu sebanyak RM11,000 berserta mas kahwin berjumlah RM888.88 dan wang pembuka mulut bernilai RM500.00.

“Manakala pihak saya akan menyerahkan enam dulang hantaran berisi senaskhah Al-Quran, sepasang Baju Melayu, butang Baju Melayu, kain samping dan dibalas lima dulang hantaran berisi tepak sirih, kek lapis Sarawak, telekung dan sebentuk cincin.” tambah Mizz Nina.

Mizz Nina menyifatkan Noh seorang yang sangat merendah diri, penyayang dan menerima dirinya seadanya.  Dia juga mengakui Noh seorang yang sangat romantik tetapi adakalanya agak garang.

Bagi Noh Hujan pula, Mizz Nina seorang yang sangat cool dan tidak suka membuang waktu. Noh Hujan menyifatkan tunangannya itu seorang yang amat memahami kerjayanya sebagai seorang pemuzik serta menghormati orang tua.

Pasangan itu turut merancang untuk mengadakan majlis persandingan di Miri, Sarawak pada 15 Julai tahun depan.

Masih belum memikirkan destinasi bulan madu mereka, pasangan itu turut memilih tema klasik hitam dan putih sebagai konsep konsep majlis pernikahan mereka. Manakala untuk majlis persandingan berlainan konsepnya bagi menepati kemahuan keluarga dan majlis resepsi pula bakal berlangsung dalam suasana yang lebih santai.

Pasangan Noh dan Mizz Nina turut merancang untuk memiliki ahli keluarga baru pada tahun 2013.




 
 

  



 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened