Di Mana Kan Kucari Ganti: Satu Indiepretasi

Sejak 25 Oktober lepas, pendengar radio Sinar FM, Era FM, THR Gegar dan XFM disajikan dengan muzik serta lagu dari tokoh seni negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang telah dinyanyikan semula oleh 18 penggiat muda seni muzik tanah air.

Ia bersempena projek khas radio XFM, Di Mana Kan Kucari Ganti: Satu Indiepretasi untuk menyokong Kempen Di Mana Kan Kucari Ganti yang telah dirangka khas oleh Astro bagi memperingati jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.

Penggiat muda seni muzik tempatan yang terlibat itu terdiri daripada penyanyi dan band independent seperti Yuna, Altimet, Hujan, Azlan & The Typewriter, Meet Uncle Hussein, Estrella, They Will Kill Us All, Couple, Pesawat, Monoloque, One Buck Short, Seven Collar T-shirt, Pop Shuvit, Bittersweet dan ramai lagi.

Dalam projek ini, setiap daripada mereka diberi lagu nyanyian P Ramlee dan selebihnya mereka bebas mengolah sendiri muzik serta cara nyanyian mengikut kreativiti mereka masing-masing terhadap lagu itu supaya lagu itu menjadi seperti lagu mereka sendiri.

Lagu-lagu yang disuntik khas oleh penggiat muda seni muzik tanah air itu diharap mudah diterima pendengar walaupun peminat-peminat P Ramlee kebiasaannya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang lama.

Istimewanya projek ini, peminat boleh mendengar band Inggeris yang tidak pernah menyanyikan lagu Melayu seperti Seven Collar T-shirt yang  menyanyikan lagu P Ramlee, Jangan Tinggal Daku.

Pendengar juga boleh mendengar muzik serta lagu P Ramlee versi band serta penyanyi kegemaran mereka dengan cara dan muzik band itu sendiri. Di mana Hujan akan membawakan lagu Tunggu Sekejap dengan muzik dan cara nyanyian mereka tanpa ada sedikit pun persamaan dengan cara nyanyian P Ramlee. Cuma elemen muzik asal serta lirik sahaja dikekalkan.

AG & Co (feat Azlan Typewriter) – Jeritan Batinku
Altimet (feat Imran Ajmain) – Maafkan Kami

Awanband (feat Che Mat) – Malam Bulan Di Pagar Bintang

Bittersweet – Getaran Jiwa

Couple – Menche Che Bujang Lapok

Grey Sky Morning – Malam Pesta Muda Mudi

Hujan – Tunggu Sekejap
Kugiran D’Tepi Pantai – Nujum Pak Belalang
Meet Uncle Hussein (feat Hazama) – Ya Habibi Ali Baba
One Buck Short – Pok Pok Bujang Lapok
Pesawat – Ai Ai Twist
Pop Shuvit – Aci Aci Buka Pintu
Seven Collar T-Shirt – Jangan Tinggal Daku
Subculture – Bunyi Gitar
They Will Kill Us All – Sepanjang Riwayatku
Yuna – Gelora Jiwa

Lagu ke-18 – Itulah Sayang dibawakan oleh gabungan penyanyi wanita yang terdiri daripada Liyana Fizi, Najwa, Mira (from Tilu) dan Yuna yang menggelarkan diri mereka The Ramless.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened