Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

Patuhi Peraturan Jalan Raya

Hari ini bermulalah cuti penggal kedua persekolah di Malaysia dan baru sebentar tadi aku menonton Buletin Utama di TV3, “Lima Kemalangan Dalam Tempoh Dua Jam”. Aku cukup trauma dengan kemalangan apatah lagi kalau membabitkan kehilangan jiwa. Untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku, aku titipkan beberapa petua yang sepatutnya kita ikut sebelum memulakan sebarang perjalanan terutamanya perjalanan jauh. 


Rancanglah perjalanan anda untuk mengelakkan berlaku keadaan kelam-kabut pada saat-saat akhir.  Pastikan anda mendapat rehat secukupnya, terutama sebelum memulakan perjalanan jauh.  Jangan memandu dalam keadaan letih, mengantuk atau apabila mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.  Periksa tayar, brek dan lampu isyarat sebelum memulakan perjalanan.
 
 
Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan kerana ia merupakan kelajuan maksimum yang selamat bagi jalan yang anda gunakan.  Perlahankan kenderaan apabila hujan kerana keadaan jalan yang basah dan licin menyebabkan kenderaan mudah terbabas jika dipandu laju.  Untuk meningkatkan kadar kebolehlihatan, nyalakan lampu kencil, bukan lampu kecemasan.
 
 
Jangan menukar lorong dengan sesuka hati kerana perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada anda dan pengguna jalan raya lain.. berilah isyarat dan patuhilah semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong.
 
 
Patuhilah peraturan keselamatan apabila berada di persimpangan.  Perlahankan kenderaan apabila lampu kuning bernyala dan berhenti apabila ia bertukar merah.
 
 
Berilah keutamaan kepada pejalan kaki di kawasan lintasan belang.
 
 
Jangan mengekori kenderaaan terlalu rapat.  Perbuatan ini amat berbahaya.
 
 
Jangan memotong di zon larangan dan jika berasa teragak-agak.
 
 
Jangan potong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.  Perbuatan ini boleh menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya lain.
 
 
Elakkan mencelah di antara kenderaaan apabila memandu.  Perbuatan ini menyebabkan anda sukar dilihat oleh pengguna jalan raya lain kerana anda bergerak keluar dan masuk dari kawasan yang tidak nampak (blind spot).
 
 
Sentiasalah memakai tali pinggang keledar dan pastikan semua penumpang kenderaan anda juga berbuat demikian.
 

Macam Filem Hollywood

Ini post pertama sejak sekian lama "bertapa" di Kota Puteri.... Bukan sombong atau tak nak kawan, tapi line broadband di tempat ni macam tak mesra alam jer... kalau ada pun, buat sakit hati jer. Wahai syarikat telco yang besau-besau, korang canangkan kat media kehebatan liputan korang. Tapi kenapa di kawasan seperti Kota Puteri korang macam "paku dengan penukul" jer. Buat apalah labur sana, labur sini kalau kawasan yang ada taman perumahan macam ni, korang tak ambil tahu.  Memang prejudis....

Beberapa minggu lalu, BJ terlibat dalam satu kemalangan yang sebiji macam dalam filem Hollywood. Kemalangan itu berlaku di Jalan Ijok-Kuala Selangor tidak berapa jauh dari lampu isyarat Puncak Alam. Ia melibatkan perlanggaran antara Myvi dan SagaFL. Wife BJ trauma selama dua hari. Kereta terbang macam nak menghempap kami. Cuba bayangkan perasaan korang apabila kereta yang kemalangan tu berpusing dan jatuh tak sampai satu meter pun dari korang. Memang tragis... lebih tragis lagi ialah, mangsa (arwah), seorang jururawat di HKL dan dikatakan baru balik dari Lumut berjumpa dengan suaminya sempena cuti hujung minggu. Kalau diingatkan semula, memang mengerikan. Cuma terkilan sikit kerana dalam  suasana begitu, tetiba jer dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen penting mangsa hilang. Lagi satu, mangsa terkorban di tempat kejadian. Tak sempat pun nak ajar mengucap. BJ sertakan gambar yang sempat dirakam selepas kejadian itu. Memang kitorang tak jangkakan kejadian tu, lebih-lebih lagi di depan mata sendiri.








 


Stereng di atas dan tayar di bawah kedua-duanya terpelanting di hadapan kami yang sedang bermotorsikal ketika itu




 Perhatikan betapa kuatnya impak perlanggaran itu sehingga rim kereta Myvi ini pecah


 

 



Pengenalan mangsa hanya diperoleh dari buku catatan tugasannya.

 








 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened