Ini post pertama sejak sekian lama "bertapa" di Kota Puteri.... Bukan sombong atau tak nak kawan, tapi line broadband di tempat ni macam tak mesra alam jer... kalau ada pun, buat sakit hati jer. Wahai syarikat telco yang besau-besau, korang canangkan kat media kehebatan liputan korang. Tapi kenapa di kawasan seperti Kota Puteri korang macam "paku dengan penukul" jer. Buat apalah labur sana, labur sini kalau kawasan yang ada taman perumahan macam ni, korang tak ambil tahu. Memang prejudis....
Beberapa minggu lalu, BJ terlibat dalam satu kemalangan yang sebiji macam dalam filem Hollywood. Kemalangan itu berlaku di Jalan Ijok-Kuala Selangor tidak berapa jauh dari lampu isyarat Puncak Alam. Ia melibatkan perlanggaran antara Myvi dan SagaFL. Wife BJ trauma selama dua hari. Kereta terbang macam nak menghempap kami. Cuba bayangkan perasaan korang apabila kereta yang kemalangan tu berpusing dan jatuh tak sampai satu meter pun dari korang. Memang tragis... lebih tragis lagi ialah, mangsa (arwah), seorang jururawat di HKL dan dikatakan baru balik dari Lumut berjumpa dengan suaminya sempena cuti hujung minggu. Kalau diingatkan semula, memang mengerikan. Cuma terkilan sikit kerana dalam suasana begitu, tetiba jer dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen penting mangsa hilang. Lagi satu, mangsa terkorban di tempat kejadian. Tak sempat pun nak ajar mengucap. BJ sertakan gambar yang sempat dirakam selepas kejadian itu. Memang kitorang tak jangkakan kejadian tu, lebih-lebih lagi di depan mata sendiri.
Stereng di atas dan tayar di bawah kedua-duanya terpelanting di hadapan kami yang sedang bermotorsikal ketika itu
Perhatikan betapa kuatnya impak perlanggaran itu sehingga rim kereta Myvi ini pecah
Pengenalan mangsa hanya diperoleh dari buku catatan tugasannya.
7 ulasan:
Actually sya knal dengan arwah..
tp xsempat jmpa wat kali terakhir..
dapat thu pon malam kjdian..mmg xsgka..hrp2 jenazah arwah masa 2 sempurna...
sori nak tanye..saye pun ade lalu mase tu..n nampak mangsa mcm sujud dr kete dia ke jln..mcm ne boleh jd?myvi ni laju ke?kesian arwah..al-fatihah utk dia..
kalu kat cni kata xcdent nagn saga FL tapi sya dgr lain.xtahu la mna btol..sjud kat jalan?mcm mna 2?perasan wajah arwah tak..
masa kejadian tu begini, kat dpn trak tunda tgh tunda kete volvo, pastu myvi hitam, then, kitorang naik motor. myvi arwah kat blkg kitorang. tetiba jer trak tunda tu masuk kiri bagi jalan. kitorang ngan myvi hitam tu hampir2 nak terlanggar volvo yang dia bawa tu. masa tu le myvi arwah memotong. yelah mcm filem hollywood, pusing dua tiga kali dan berdebub jatuh sebelah kitorang. Alhamdulillah jenazah arwah dlm keadaan baik. memang xcden ngan saga fl pun. Jenazah arwah tergantung mcm sujud sebab melekat kat tali pinggang keledar yang arwah pasang tu
owh yela..jln tu mcm ade ruang sket belah kiri mcm laluan utk motor kan..saye pun igt mase tu ade trak tunda kete volvo tu dlm semak depan sket kete arwah..x nmpak muka die..tp nampak jenazah die dlm keadaan baik..
owh yela..ade ruang kat belah kiri jln utk moto kan..n mmg ade trak penunda dgn volvo kat tepi semak depan kete arwah..x nampak muka arwah pun..tp nampak jenazah dia masih sempurna..terima kasih utk penerangan ye encik BJ.. :)
alhamdulillah...smpai sekarang pon msh teringat arwah.. apa pon moga arwah dicucuri rahmat...*_*
Catat Ulasan