Triple Axle Hummer

Menaiki sebuah limousine amat menakjubkan apatah lagi jika ianya sebuah Hummer 8 tayar. Panjang asal kereta ini ialah 38 kaki. Untuk menjadikannya sebuah limousine, panjangnya telah ditambah kepada 42 kaki. Untuk menampung berat tambahan akibat dari penambahan panjang tersebut, beberapa gandar (axle) terpaksa diletakkan di bawah kenderaan ini. Ia diberi nama Triple Axle Hummer.



Triple Axle Hummer ini dapat membawa seramai 16 orang penumpang yang boleh duduk dengan selesa sambil melunjurkan kaki. Kereta buatan Amerika ini juga telah dihantar ke United Kingdom untuk pasaran di sana.




Jika bahagian luaran limousine ini sangat menarik, mari lihat ke bahagian dalamnya pula. Dilengkapkan dengan lampu neon yang berkelipan dan bumbung cermin, Triple Axle Hummer akan menjadikan anda lebih teruja. Sistem stereonya pula datang dengan TV serta pemain DVD. Penumpang akan terasa seperti berada di dalam panggung mini kerana kelengkapan audio-visualnya berkuasa 1800 watt. 
 

4 ulasan:

Admin berkata...

Bila mau pakai ni Bos

airaniez wirdani berkata...

oh! sangat suka..sebab warnanya *purple*..heh..

dear anies berkata...

bla la anies dpt merasa nk naik

heranaziz berkata...

tunggu aku jadi jutawan, aku bagi korang sorang satu. amacam? suke tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened