Darren Cium Daphne di Pipi


Bekas suami model dan pengacara TV, Daphne Iking memberitahu Mahkamah Majistret di sini dia ternampak Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy mencium Daphne yang pada masa itu masih lagi isterinya di dagu semasa berada di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada tahun 2008.

Ryan Chong berkata demikian semasa di mahkamah merujuk kepada ketibaan bekas isterinya itu dari London bersama Choy.  Menambah lagi, dia amat terkejut kerana tidak diberitahu tentang lelaki tersebut.

 “Saya amat terkejut melihat Darren meletakkan tangan kanan di bahu Daphne dan mencium pipi kirinya, sangat rapat dengan telinga Daphne,” beritahu Ryan di hadapan hakim Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Ryan menambah lagi, dia tidak terus bertanya Darren dan Daphne tetapi menunggu sehingga tiga jam sebelum akhirnya dia meminta penjelasan dari mereka berdua. Bagaimanapun, mereka menafikan mempunyai hubungan sulit, tambahnya lagi.

Ryan memfailkan saman terhadap Darren kerana menggoda Daphne dengan niat untuk mengadakan hubungan intim dengannya di Plaza Condominium, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur antara Julai 2007 dan September 2008.

Pasangan Ryan dan Daphne berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan dikurniakan seorang anak perempuan, Daniella Iking-Chong. Mereka berpisah pada tahun 2009.

Darren diwakili oleh peguam Jagjit Singh dan Datuk Abdul Akberdin kader. Jika sabit kesalahan, Darren boleh dijatuhkan hukuman dua tahun penjara, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ryan memfailkan saman tersebut kerana tidak mahu melihat Darren menggunakan kedudukannya sebagai pengarah urusan Adidas untuk menggoda Daphne dan memusnahkan hidupnya.

Ryan juga memberitahu mahkamah dia menemui banyak emel antara Darren dan Daphne di komputernya semasa bekas isterinya itu sedang tidur pada 10 Ogos 2008.

Kes ini akan didengar sekali lagi pada 17 dan  20 Disember 2010.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened