Gambar Hiasan |
Perkhidmatan teksi merupakan perkara yang pelancong luar paling tidak suka tentang Malaysia. Rakyat Malaysia sendiri juga tidak berpuas hati dengan perkhidmatan teksi yang sedia ada. Antara sebab-sebabnya ialah permintaan tambang berlebihan, enggan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberi resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan.
Taktik Menipu Pelanggan
Terdapat satu cara pemandu teksi memerangkap penumpang yang mungkin tidak disedari oleh ramai daripada kita. Jika anda pernah menaiki teksi, tentu anda pernah ditanya oleh pemandu teksi sama ada anda mengetahui atau tidak jalan ke destinasi yang anda ingin pergi? Adakah anda sedar bahawa soalan ini adalah satu perangkap yang memungkinkan pemandu teksi menggunakan jalan yang lebih jauh ke destinasi kerana penumpang tidak mengetahui perkara tersebut. Tidak ramai penumpang yang menyedari mengenai perkara ini. Pemandu teksi telah menggunakan penumpang untuk mendapatkan wang bayaran yang lebih tinggi.
Kadang-kadang apabila menahan sesebuah teksi, kita tanpa segan silu bertanya adakah pemandu teksi itu pergi ke destinasi yang kita hendak tujui. Untuk pengetahuan semua, pemandu teksi TIDAK BOLEH memilih lokasi yang dia hendak pergi. TIDAK BOLEH ini merupakan taktik untuk pemandu teksi mengenakan tambang tambahan jika ‘terpaksa’ membawa ke destinasi yang dia ‘tidak pergi’ itu. Apabila menaiki sesebuah teksi, buat selamba dan beritahu destinasi yang hendak dituju. Jika dia tidak setuju, keluar dengan segera kerana banyak lagi teksi yang sudi membawa anda
Seperkara lagi tentang cara penipuan yang tidak dirancang dan tidak diketahui oleh kita. Kebiasaan daripada kita apabila membuka pintu sebuah teksi akan memberitahu destinasi kita. Entah sedar atau tidak, satu soalan susulan akan terpacul dari mulut kita. “Berapa bang?” Soalan “berapa bang?” adalah pemberitahuan kepada pemandu teksi yang anda tidak tahu jumlah tambang ke destinasi yang anda hendak pergi. Oleh yang demikian, pelbagai alasan akan diberikan oleh pemandu teksi juga untuk mendapatkan bayaran tambahan daripada sepatutnya.
Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelakkan ditipu oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.
Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri. Tapi awas, ada juga pekerja hotel yang bersekongkol dengan pemandu teksi untuk mendapat duit poket lebih.
Bawa peta, pensil dan kamera.
Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui. Gunakan daya ingatan anda untuk mengingati setiap jalan dan lorong yang dilalui oleh pemandu teksi tersebut.
Sediakan wang kecil secukupnya
Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini. Tetapi sekiranya anda berpuas hati dengan perkhidmatan dan layan yang diberikan oleh pemandu teksi, apa salahnya memberi tips kepada beliau.
Pilih teksi yang menggunakan meter
Tidak dinafikan segelintir pemandu teksi masih berdegil serta enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda pertama kali menjejakkan kaki di tempat tersebut.
Bincang harga terlebih dahulu
Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.
Simpan resit
Belajarlah untuk meminta resit dari pemandu teksi. Resit boleh digunakan sebagai tuntutan perjalanan dari majikan anda. Resit juga adalah bukti sah jika anda membuat aduan tentang salah laku pemandu teksi yang mengenakan caj berlebihan.
Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
Keluar apabila keadaan meragukan
Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.
PROSEDUR ADUAN
Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.
MAKLUMAT DIPERLUKAN
Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:
• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Nombor kenderaan
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi
Aduan berhubungkait dengan perkhidmatan teksi boleh dirujuk kepada:
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan LPKP
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC)
Teal: 03 7877 9000, Fax: 03 7874 8097, SMS: 013 692 3826
Cara yang paling selamat mendapatkan perkhidmatan teksi ialah dengan menempah melalui pusat panggilan perkhidmatan teksi. Melalui cara ini, teksi akan datang di tempat yang anda sebutkan dan membawa anda ke destinasi yang hendak dituju dengan selamat. Anda Cuma perlu menambah RM2.00 beserta jumlah yang dipaparkan pada meter teksi tersebut untuk caj panggilan kepada pemandu teksi. Berikut ialah talian telefon perkhidmatan teksi di Lembah Kelang yang boleh anda hubungi:
Public Cab: 03-6259 2020
Comfort Taxi: 03-8024 2727
Sunlight Taxi: 03-9057 1111, 03-9057 5757
City Line: 03-9222 2828
Eco Transit: 03-5512 2266
Hotline Radio Taxi: 03-255 3399
Oriental Radio Taxi: 03-2694 4718
Persatuan Radio Teksi Selangor & Wilayah Persekutuan: 03-2693 6211
Radio Taxi: 03-9221 7600
Supercab: 03-2095 3399
SW Radio Taxis: 03-2693 6211
TeleCab: 03-4042 1019
UpTown Ace SuperCab: 03-9283 2333
1 ulasan:
А! أنا عادة لا وظيفة في المدونات بلوق الخاص بك ولكن الذي اجبرني على العمل مذهلة.. جميل...
Catat Ulasan