Adoiyai...masalah...masalah...masalah... Banyak betul masalah. Naik pening kepala aku. Rasa macam dah setahun aku tak update blog ni. Ada jer benda yang mengganggu bila aku nak online. Bangun jer dari tidur, bebudak dah guna laptop aku. Tunggu punya tunggu... naik bebulu aku. Bila dah ada peluang, kena hantar wife gi keje lak... Balik hantar wife, aik... bebudak ni tak faham ker aku nak guna laptop.
Dah dapat guna, line pulak slow giler. Tekan sana, lambat. Tekan sini, tak kena. Akhirnya tidur jer lah jawabnya. Rasa macam nak baling jer laptop ngan modem broadband ni. Esoknya lak, sibuk ngan bebudak nak gi berkhatan... Ado jer halangan. Sampai ke petang ler aku menemankan diorang berkhatan kat hospital. My wife dok umah jer. Malamnya, my wife ajak gi pasar malam... adoiyai.... gangguan lagi. Lebih kurang kul 11 malam, dapat gak lah online jap. Kejap jer... coz bebudak tu ada yang merengek sakit la, ikat kain tak betul la...
Wife aku lak, pantang jer coti... Time coti, mesti nak kena bawak dia jenjalan. Tak kira ler pegi mana, asalkan dapat jenjalan. Yer la coti sekali seminggu, tak layan nanti....muncung.... hehehe... saper tak sayang bini?
Hari ni sepanjang hari aku tak on laptop aku. Dah rasa malas lak..... "Mogok lapar" Ni baru nak online... Line masih slow lagi tapi tak ler giler, mamai-mamai gitu ler...Baru dapat nak update blog. Tak apalah, as a dedicated husband and daddy... aku kira bagi peluang ler kat diorang....
Berbalik dengan citer berkhatan tadi, aku post kan gambar bebudak tu semasa hari kejadian iaitu pada 1 Disember 2010 yang lalu. Sebenarnya my wife dah post awal-awal gambar ni kat sibermama. Tapi tak apa, kan... aku nak post jugak... idea kering dek tak blog walking sari dua ni....
0 ulasan:
Catat Ulasan