Jambatan Air Magdeburg



Jambatan Air Magdeburg adalah saluran air dilayari di Jerman yang menghubungkan Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland. Ianya bagi membolehkan kapal-kapal kecil dan kapal pelancongan untuk menyeberang Sungai Elbe. Ia merupakan saluran air dilayari terpanjang di dunia iaitu 918 meter.
 
 

Terusan Elbe-Havel dan Terusan Mittelland pernah bertemu berhampiran Magdeburg tetapi pada sisi bertentangan Elbe. Kapal yang bergerak antara kedua-dua terpaksa membuat lencongan sejauh 12 kilometer, turun dari Terusan Mittelland melalui lif bot Rothensee ke Elbe, kemudian belayar ke hilir, sebelum memasuki Terusan Elbe-Havel melalui Kunci air Niegripp. Paras air yang rendah di Elbe sering menghalang tongkang yang sarat dengan muatan daripada membuat lintasan ini sekaligus memakan masa yang agak lama untuk memunggah muatan kargo mereka.
 

 

Pembinaan jambatan ini telah dimulakan pada tahun 1930 namun berhenti seketika  disebabkan oleh Perang Dunia ke-2.  Perang yang akhirnya menjadikan Jerman kepada dua negara berlainan ideologi.  Pembinaan bagaimanapun disambung semula pada tahun 1997 setelah kedua-dua Jerman Timur dan Jerman Barat bersatu semula. Jambatan air ini akhirnya siap dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2003.


 



















 
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened