Berita Harian Online | Che Khalib teraju TNB setahun lagi

Berita Harian Online | Che Khalib teraju TNB setahun lagi

Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Bhd untuk tempoh setahun lagi.

Lanjutan perkhidmatan itu berkuat kuasa 1 Julai ini hingga 30 Jun, 2012.
Pengumuman itu dibuat oleh TNB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Che Khalib, 46, dilantik sebagai CEO pada 1 Julai 2004 bagi penggal tiga tahun.

Syarikat itu kemudian melanjutkan perkhidmatan beliau untuk penggal tiga tahun lagi.

Perkhidmatan beliau juga dilanjutkan setahun mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011. - BERNAMA
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened