Dilema di Warung Melayu

Tadi aku singgah di sebuah warung dekat Bandar Baru Sungai Buloh. Perut lapar giler. Aku cuma sarapan jer pagi ni. Dah masuk petang, terasa benar kosong perut aku ni. Aku pergi ke sana bersama isteri.

Kami memilih warung yang berhadapan dengan CIMB Sg Buloh kerana suasananya nampak selesa. Warung-warung tepi jalan di sini dipisahkan oleh dinding konkrit paras pinggang. Wife aku tak nak makan kerana dah settle kat tempat kerja katanya. Dia terus mengambil duduk sementara aku memilih lauk yang hendak disantap. Setibanya aku kat meja, wife ku menceritakan bahawa dia disuruh duduk di warung sebelah. 

Ceritanya begini... wife aku minta ABC (Air Batu Campur) tapi tempat kami duduk tu tak ada. Aik...takkan tak boleh mintak kat warung sebelah pula. Akhirnya wife aku hanya duduk memerhatikan aku makan dengan hatinya masih geram melihat gelagat pekerja warung yang aku rasa macam bukan rakyat Malaysia. Yang geramnya ialah apabila dia jumpa majikannya dan mereka bergelak ketawa sambil memerhatikan kami. Inilah dilema di warung Melayu dan peniaga Melayu. Persaingan perniagaan hingga sanggup menghalau pelanggan. Apa salahnya bekerjasama, semua akan mendapat faedah.
Korang pernah tak menghadapi situasi sebegini? Kalau kena kat korang, apa agaknya tindakbalas yang korang akan buat?
 

2 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam

itu lah, nak maju tapi tak adab, berangan saja lebih Melayu ni kadang2, dah orang luar hina mula nak melenting...belajar dari kedai2 mamak yang pengotor tu.

heranaziz berkata...

hahahaha...baik makan kat umah masak sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened