Jalan-Jalan Unik di Dunia

Jalan Paling Pendek (Ebenezer Place – Scotland)


Ebenezer Place, di Wick, Caithness, Scotland, diiktiraf sebagai jalan paling pendek oleh Guinness Book of Records. Panjangnya hanya 2.06m (6' 9") sahaja. Hanya ada satu alamat di jalan ini iaitu pada pintu depan sebahagian dari Hotel Mackays, iaitu No. 1 Bistro. Hotel ini dibina pada tahun 1883. Pemilik hotel berkenaan pada masa itu diarahkan untuk menulis nombor di suatu sudut hotel itu. Pada tahun 1887, nama tersebut diumum secara rasmi sebagai nama jalan.


Jalan Paling Sempit (Spreuerhofstraße – Germany)

 
Spreuerhofstraße adalah jalan sempit di dunia. Terletak di bandar Reutlingen, Baden-Württemberg, Jerman. Jalan bermula dari selebar 31 cm pada bahagian yang paling sempit hingga ke 50 cm di bahagian yang paling luas. Jalan ini dibina pada tahun 1727 dalam usaha membangunkan semula daerah tersebut yang hancur akibat kebakaran paling  teruk hingga memusnahkan daerah tersebut pada tahun 1726. Jalan ini didaftar secara rasmi di Pejabat Daftar Tanah sebagai City Street Nombor 77.



Jalan Paling Curam (Baldwin Street – New Zealand)
 
Baldwin Street terletak di selatan bandar Dunedin sebuah pinggiran kota yang tenang di New Zealand. Terkenal sebagai jalan paling curam di dunia. Ia terletak di daerah North East Valley, 3.5 kilometer ke timur laut pusat bandar Dunedin. Baldwin Street  ialah sebuah jalan lurus serta pendek sepanjang 350 meter. Ia menuju ke timur dari Creek Lindsay Valley di tepi Signal Hill. Ketinggian paling tinggi cerun Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19° atau 35%) - iaitu, untuk setiap 2.86 meter perjalanan mendatar naik sebanyak 1 meter.



Jalan Paling Banyak Bengkang-Bengkok (Lombard St – San Francisco)
 

Lombard Street adalah jalan yang paling bengkang-bengkok di dunia dan boleh ditemui di San Francisco. Hanya sebahagian daripada Lombard Street yang bengkang-bengkok. Selebihnya berada di Russia Hill antara Hyde dan Leavenworth. Jaraknya hanya satu perempat dari panjang jalan sebenar dengan had kelajuan hanya lima mph. Seperkara lagi ialah anda hanya boleh memandu satu satu arah sahaja iaitu menuju ke bawah. Di kiri kanan jalan ialah rumah-rumah mewah dan mahal di San Fransisco seperti rumah bandar dan kondominium.

Dibina asalnya kerana kenderaan tidak boleh mengatasi ketinggian cerun iaitu 27% kawasan berkenaan. Maka dibina jalan seumpama itu untuk memudahkan pendakian atau penurunan. Walaupun jalan berkenaan telah beberapa kali diubahseuai, bagi pejalan kaki untuk berjalan naik juga dikatakan masih sukar.

Nota: Kebanyakan orang yang baru sampai ke San Francisco percaya bahawa Lombard Street adalah jalan yang paling  bengkang-bengkok, tapi tidak. Kawasan ini tidak lebih daripada dikenali sebagai cantik dan sebahagian daripada persekitaran kejiranan mewah. Jalan yang paling bengkang-bengkok sebenar ialah Vermont Street antara 20 St & 22 St di daerah Portrero Hill, San Francisco.


Interchange Paling Rumit (Judge Harry Pregerson Interchange – Los Angeles)
 

Judge Harry Pregerson Interchange di Los Angeles, California merupakan salah satu interchange paling rumit di Amerika. Deretan laluan pertukaran dengan lapisan jambatan menjadikan jaringan jalan yang membolehkan kelancaran arus lalu lintas kedua-dua lebuhraya antara negeri. Interchange ini dibuka pada tahun 1993


Lebuhraya Kebangsaan Terpanjang (Highway 1 – Australia)

 
Australia Highway 1 adalah rangkaian lebuhraya yang mengelilingi benua Australia, bergabung dengan semua ibu negeri di tanah besar. Panjang lebuhraya ini ialah sekitar 14,500 km dan merupakan lebuhraya kebangsaan terpanjang di dunia. Setiap hari lebih dari satu juta orang menggunakan lebuhraya ini.


Bulatan Paling Besar (Putrajaya – Malaysia)


Tidak banyak orang yang menyedari hal ini ketika mereka sedang memandu di sekitar Putrajaya, terutama berhampiran pejabat Perdana Menteri. Cubalah amati apabila anda memandu, dan anda akan menyedari bahawa anda sedang memandu sepanjang bulatan terbesar di dunia. Panjang keliling bulatan ini sekitar 3.4km. Malaysia Boleh!


Jalan Paling Lebar (9 de Julio – Buenos Aires, Argentina)



Terletak di Buenos Aires, Argentina. Jalan ini merupakan jalan utama di pusat bandar Buenos Aires, 9 de Julio. Terdapat 9 lorong lebar di di setiap kiri dan kanan  jalan ini dengan kawasan taman yang juga sebesar 9 lorong itu sendiri di tengah-tengahnya. Jalan ini digunakan sebagai venue sambutan hari kebangsaan Argentina pada 9 Julai setiap tahun. Nama jalan ini diambil sempena nama Hari Argentina.

Pejalan kaki yang hendak melintas jalan selalunya memerlukan beberapa minit tambahan dan lampu hijau tambahan untuk dapat sampai ke seberang.


Jalan Paling Panjang di Dunia (Yonge Street – Ontario, Canada)


Yonge Street ialah jalan utama antara Tasik Ontario dan Tasik Simcoe, Kanada,  sepanjang 1,896 km.

The Guinness Book of World Records tidak lagi menyenaraikan Yonge Street sebagai jalan terpanjang di dunia. Sebaliknya Lebuhraya Pan-Amerika diiktiraf  sebagai "laluan kenderaan" terpanjang di dunia.


Bulatan Paling Mengelirukan (Magic Roundabout – Swindon, UK)


Magic Roundabout di Swindon, United Kingdom dibina pada tahun 1972 dan terdiri daripada lima bulatan mini dalam lingkaran besar. Namanya berasal dari siri televisyen kanak-kanak popular The Magic Roundabout. Telah dipilih sebagai persimpangan paling menakutkan keempat di Britain.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened