Hari Ini Aku Gi Derma Darah

Hari ini 4 Disember 2010 aku ke Tesco Mutiara bukan untuk shopping. Duit pun dah ciput, nak shopping camana? Aku nak gi derma darah.

Mulanya wife aku pun daftar juga, tapi akhirnya dia kena reject. Aku dapat tengok riak kecewa di wajahnya. Macam nak nangis pun ada. Sebenarnya wife aku baru empat bulan lepas melahirkan baby girl kami. Petugas di sana kata, paling elok lepas enam bulan. Ooooo... gitu citernya. Ingatkan ada penyakit ker aper. Untuk mengubat hatinya, aku minta dia jadi jurugambar. Kira okay lah jugak, kan? Sebenarnya kami dah beberapa menderma darah bersama sejak tahun 1995 lagi. Tapi tak ada ler setiap tahun.

Sebenarnya menderma darah ni elok, bukan sahaja untuk kesihatan tapi jugak dapat pahala. Betul tak? Dalam post akan datang, aku akan postkan kebaikan menderma darah.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened