Tukar Jantina

CANTIK mengalahkan wanita! Dengan wajah, ketinggian serta ukuran badan persis wanita, ‘pesona’ itu mampu membuatkan hati lelaki terpaut kepada mereka.

Cerita mengenai kaum Adam bertukar jantina banyak menghias dada akhbar tempatan akhir-akhir ini sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat apakah ia fenomena akhir zaman?  Pelbagai risiko, kesakitan dan bahaya yang pasti dihadapi, mereka nekad dan tidak gentar membuat keputusan melakukan pembedahan menukar alat kelamin.

Sebaliknya, ‘wanita’ terbabit mengaku gembira dan puas dengan keadaan dirinya yang berubah sepenuhnya menjadi wanita selepas pembedahan membuang alat kelamin.  Jangan terkejut kos untuk melakukan pembedahan membuang ‘anu’ menelan belanja puluhan ribu ringgit, antaranya RM15,000 menukar alat sulit, punggung (RM12,000), gigi (RM10,000) dan membentuk payudara RM5,000.

Selepas melakukan pembedahan, mereka menggoda golongan sejenis sehingga sanggup melakukan hubungan seks terlarang.  Malahan suami orang pun turut tergoda dengan golongan ini.  Pembedahan kepada alat sulit kelamin itu membolehkan mereka merasai nikmat sebagai seorang wanita sehingga tidak memikirkan langsung mengenai dosa.

Apa yang menghairankan, setiap kali perkara berkenaan diselidiki, hujah mereka tetap sama iaitu tidak mampu membendung perasaan dan naluri yang lebih menjurus kepada wanita.  Melihat fenomena yang kian membimbangkan ini, apatah lagi banyak kes berlaku membabitkan umat Islam, apakah masyarakat dan golongan agama harus terus membisu?

Dari sudut hukum dalam Islam, cukup jelas perbuatan itu haram. Tidak kiralah sama ada lelaki mahu menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya.  Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
Itu belum lagi hal yang lain seperti masalah perkahwinan, mengerjakan haji atau umrah, bersembahyang serta pengebumian.

Selain itu, mereka berdepan kemungkinan mendapat penyakit tertentu kesan daripada pembedahan. Jadi, keseronokan mereka itu sebenarnya hanya sementara.

Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali.  Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.


Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' semasa membincangkan pernikahan antara Noranizah bte Mohd Yusuf dengan Richand bin Badry, telah juga membincangkan masalah hukum menukar jantina.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

  • Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam.

  • Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah terang bertentangan dengan Islam kerana Allah melarang mengubahkan kejadiannya. sepertimana Firman Allah Taala di dalam surah An-Nisa' ayat 119.
“Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).


 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku hanya ingin membuat komentar cepat untuk mengatakan saya senang saya menemukan blog Anda. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened