Pemain Tenis Rusia Mohon Jadi Warganegara Malaysia



Seorang pemain tenis remaja dari luar negara telah menyatakan hasratnya mewakili Malaysia.  Anna Tyulpa, 15, dari Rusia ingin menjadi warganegara Malaysia dan bermain untuk negara di pertandingan tenis peringkat antarabangsa.  Anna merupakan pemain tenis remaja ke 111 dunia.

Sebelum ini Malaysia telah mempunyai beberapa orang ahli sukan yang berasal dari luar negara seperti penembak, Irina Maharani dari Ukraine dan pejalan kaki, Yuan Yu Fang dari China.

Tyulpa menyatakan hasratnya di dalam satu emel yang dihantar kepada Persatuan Tenis Sarawak pada minggu lepas.  Dia dan ibu bapanya telah menetap di Bangkok, Thailand selama satu setengah tahun.  Namun demikian, mereka merasa keadaan semasa dan suasana politik di sana tidak begitu kondusif untuk perkembangan karier tenis Thulya.

Thulya yang dilatih oleh ayahnya melawat Sarawak kali pertama bulan lepas untuk menyertai Kejuaraan Remaja Dunia ITF Piala Ketua Menteri Sarawak (II) kumpulan 3.  Ternyata mereka begitu tertarik dengan perkembangan sukan tenis dan suasana di negeri tersebut.

Thulya merupakan juara acara perseorangan dan beregu untuk kejohanan tersebut.  Dia memenangai Kejuaraan Remaja ITF di Hyderabad, India pada tahun lepas.  Dia juga telah memenangi lima kejuaraan remaja di Nonthaburi, Bandung dan Jakarta pada tahun ini.

Pemain Rusia itu juga dikatakan suka dengan cuaca serta cara Persatuan Tenis Sarawak dalam menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa. 

Sementara itu, Persatuan Tenis Sarawak menyatakan mereka tidak mempunyai masalah untuk menyediakan Thulya kemudahan untuk berlatih kerana mempunyai kemudahan yang ada dalam keadaan yang sangat baik.  Persatuan tersebut juga sanggup menyediakan tempat tinggal untuk pemain terbabit jika dia benar-benar berminat untuk menetap di sini.

Persatuan Tenis Sarawak bersedia untuk menyokong permohonan Thulya untuk memohon kewarganegaraan Malaysia.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened