Majlis Pertunangan & Cukur Jambul

Tanggal 2 Oktober 2010 aku & wife pergi ke Kg Paya Jaras Hilir, Sg Buluh.  Kami ke sana kerana menghadiri majlis pertunangan member orang rumah dan cukur jambul anak saudaranya sekali.  Alhamdulillah, rezeki baby ku, dia pun dapat la tumpang sekaki cukur jambul.  Ramai le jugak saudara mara dan sahabat handai kedua-dua pihak yang datang.  Aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua majlis hari tu.


 Kumpulan Marhaban


Majlis Cukur Jambul... sempat lelap pulak si kecik ni...




Ni la sebenarnya tuan punya kambing yang tumbang tu... thanks to angah & family kerana memberi kesempatan kepada kami untuk mencelah pada majlis berkenaan.  Gambar ni diambil selepas upacara cukur jambul berlangsung.  Kedua-dua ibu ini mengambil peluang untuk berposing bersama baby masing-masing.




Kedua-dua baby keletihan.... hai, buli nampak!!!




Majlis Bertunang... Ketibaan rombongan lelaki disambut mesra oleh pihak perempuan.  Seterusnya rundingan pun dimulakan.  Dipendekkan cerita bulan September tahun depan nikah le...Tapi kalau boleh, cepat-cepat le ye.


 






















 
Ha.... ni le beberapa hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki dan dibalas pula oleh pihak perempuan. 


 

 

Selesai sudah majlis, ehem ehem.... ni la gambar pasangan bertuah tu... Sejoli, kan?


 

 Yazza....



Alhamdulillah...selamat....moga sampai ke jinjang pelamin dan berkekalan hendaknya. Amin.
 

1 ulasan:

Shahazrin Saharudin berkata...

MERIAHNYA..MESTI BEST...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened