Info PRK (N45) DUN Galas


Calon :
  • Abdul Aziz Yusoff, 49, BN/UMNO
  • Dr Zulkefli Mohamad, 44, PAS

Fakta PRK :
  • Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
  • Diadakan selepas kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaiman dari Pas, akibat kanser usus pada 27 September 2010.   Allahyarham Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas selepas menewaskan calon BN, Mohamed Saufi Deraman pada pilihanraya tahun 2008 lalu dengan perbezaan sebanyak 646 jumlah undi.
  • DUN Galas sebelum ini adalah kubu kuat BN dan mereka berusaha untuk mendapatkannya semula.  Namun jika kemenangan berpihak kepada BN, ia tidak membawa apa-apa perubahan dalam struktur pemerintahan negeri Kelantan kerana penguasaan PAS dalam kerusi DUN tidak akan terjejas.
  • Jumlah pengundi seramai 11,553 termasuk 127 pengundi pos.
  • Komposisi etnik :  Melayu – 7,125 (61.7%), Cina – 2,317 (20.06%), India – 185, Orang Asli – 1,889, komuniti Siam – 10.
  • Pegawai Pilihanraya :  Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.
  • SPR telah melantik seramai 323 petugas bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.
  • Peruntukan sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil ini.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened