Gara-Gara Ilmu Hitam

Seorang gadis berusia 18 tahun di Kulaijaya dilaporkan sering mengalami gangguan histeria gara-gara mengamalkan ‘ilmu penunduk’ dengan bantuan jin dan amalan ilmu hitam untuk hidup mewah. Jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila gadis yang dikenali sebagai Ila itu tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam. Ilmu berkenaan diperoleh remaja terbabit daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan. Mengikut bapanya, Ila dipelihara oleh ayah saudaranya sejak kecil sebelum diambil semula oleh bapanya empat tahun lalu.


Kedua ibu bapa gadis berkenaan pernah menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya. Mereka kemudian membakar kertas berkenaan. Apabila ditanya tentang penemuan berkenaan, gadis tersebut sekadar menafikan tentang sebarang amalan ilmu hitam yang berkaitan dengannya. Namun selepas gangguan pertama, Ila mengaku mengamalkan ilmu yang diperturunkan oleh bapa saudaranya itu. Dia pernah menggunakan ilmu hitam itu ke atas anak angkat keluarganya yang merupakans eorang mualaf kerana hendak memiliki barangan mewah. Pelbagai nasihat supaya membuang ilmu hitam itu diendahkan oleh gadis tersebut dan berulang kali menggunakan ilmu hitam itu untuk kepentingan dirinya.

Inilah akibatnya jika amalan terlarang diamalkan. Sebagai umat Islam, kita harus hanya memohon bantuan dari Allah SWT sahaja. Meminta bantuan selain dari Allah merupakan perbuatan syirik.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened