Happy Anniversary...


Hari ni merupakan ulangtahun perkahwinan aku dan isteriku. Dah berapa lama ye??? Biarlah rahsia kata Dato' Siti. Pejam celik, pejam celik dah besar panjang aku ni... Anak-anak pun dah besar. Gambar tu masa kitorang muda-muda dulu. Hensem le jugak aku masa tu....Sekarang pun apa kurangnya. 

Kitorang mempunyai 6 bintang yang mengelilingi 1 bulan.  Kalau nak senang cakap, Allah kurniakan 6 putera lelaki dan seorang perempuan.  Yang perempuan ni pun 6 kali cuba baru le jadi. Pendek kata dah putus asa la kitorang laki bini. Tapi Allah Maha Kaya...
 


Ni la latest edition kitorang.... Satu-satunya bunga di sekeliling 6 ekor kumbang.

 

1 ulasan:

jfook berkata...

So sweet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened