Al-Fatihah untuk arwah M Rajoli



Al-Fatihah

Pelakon Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan atau lebih dikenali sebagai M Rajoli disahkan menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang pada jam 10.45 malam tadi (17 September 2010) di Hospital Ampang di sini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Allahyarham menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Menurut sumber, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 10 OkOktober tahun tersebut.

Allahyarham ditempatkan di Unit Neurologi selama tiga minggu hospital berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi. Namun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Jenazah Allahyarham akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened