Trip Memancing ke Cherating ....

Pada 9 Mei yang lalu, aku dan kengkawan telah membuat satu trip yang tak akan dilupakan sepanjang hidup kami. Kami telah pergi ke Cherating, Pahang untuk memancing beb... Perjalanan kami dimulakan dengan berkumpul di Prima Damansara tepat jam 8.00 pagi. Perjalanan dari KL ke Cherating mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah untuk jarak sejauh 260 km ( aku agak-agak jer).


Sampai di Cherating, matahari dah hampir tegak kat atas kepala.... Umpan tak beli lagi, so kitorang gi Kemaman, Terengganu. Dekat jer tempat tu... On the way ke sana, lapar pulak perut. Kitorang singgah dulu ke satu restoran yang diberi nama Warung Aziz Satar. Aku ingatkan Aziz Satar pelakon tu yang punyer, rupanya orang lain. Nama 'Satar' tu adalah sempena nama sejenis makanan tradisional orang Terengganu yang dipanggil satar. Ala-ala otak-otak gitu, tapi ia dibalut dengan daun pisang. Pinggan nasik kat warung tu, mak oi... besar giler beb. Korang tengok ler sendiri dalam gambar tu. Makan kat sini harganya berpatutan dan 'layan', beb.


Ha... ni ler sebahagian dari ahli rombongan kami. Yang baju belang tu tekong kami, Bob. Yang kat hujung baju putih tu Faizah yang merupakan satu-satunya special edition punya awek. Bukannya aper, aku ingatkan pompuan tak minat bab-bab nak ke laut. Rupanya ada gak yang selamber jer nak test angin laut. Terer giler tu beb, aku tabik ler bro ni... alamak minah ni. Bercermin mata di kejauhan tu Berney (mamat Sabah), baju putih sebelah awek tu Rozi (salam dia lain sikit), berbaju hitam tu "tokey kedai joran". Rozi kata kat rumah dia, peralatan pancing dah macam kat kedai pancing dah. Yang mengadap kamera tu Hamzan (Pok En), tekong baru lulus lesen L.



Lepas makan kami ke Kemaman cari umpan. Singgah kat Pasar Cukai, rupanya hari ni depa kerja sekerat hari. Malang betul nasib kami. Mana nak cari umpan. Tapi nasib menyebelahi kami kerana dapat gak umpan udang & sotong. So, lebih kurang jam 2 petang kitorang dah bersiap-siap nak ke laut. Tapi tekong kata kena tunggu angin habis bertiup dulu. Aku pun jadi model, amik gambar sana sini dalam bot.
Ha... ni gambar kitorang balik dari laut tau... kat tengah, tak sempat nak ambik gambar.

Sayu beb, setengah jam jer duduk kat laut, bila tekong suruh kitorang gulung tali pancing dan angkat tali sauh. Hujan lebat nak turun katanya. Sedih beb.... korang bayangkanlah dari KL datang sini semata-mata nak memancing akhirnya dapat duduk lebih kurang 1 jam jer kat Laut. Itupun selepas 1 jam itu dibahagi dua... petang setengah jam, malam setengah jam. Akhirnya kitorang sebulat suara ambil keputusan untuk balik sahaja ke KL. Trip kami kali ini lebih kepada trip melancong yang dianjurkan oleh teh kong... Korang tengok ler si Berney tu dah macam merajuk dah tepi tiang bot.



Tapi kenapa ye, setiap trip aku pegi, mesti dapat amik gambar ngan ikan. Korang tengok ler gambar-gambar kat bawah ni... Hazir, iboh manas pok... Tajul, pas ko tengok ni ko mesti kol aku...
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened