Kolam Air Panas Selayang

Beberapa hari lepas, BJ gi Kepong beli joran. Bukan BJ punya, tapi kawan yang pesan. Pastu BJ pun balik rumah. Kononnya nak balik rumah ikut Rawang. Akhirnya tersesat hingga ke Selayang. Ronda punya ronda, akhirnya terjumpa Kolam Air Panas Selayang. Terkasima juga BJ sebab ni kali pertama datang ke situ. 

Oleh kerana membawa joran, BJ bertanya kepada Mat Bangla yang jaga parking kat situ sama ada selamat ke tidak kalau joran tu ditinggalkan kat situ. Joran orang punya... Lagipun kawan BJ tak sempat nak bayar lagi harga yang BJ belikan untuknya tu. Mat Bangla tu suruh BJ letak motor kat depan mereka jaga parking. Nanti mereka tolong tengok-tengokkan. Tempat tu memang tempat parking motor pun. Ahh... alang-alang dah sampai, tawakal jer lah.
BJ ingatkan  orang yang mandi kat kolam air panas ni tu terjun dan berenang dalam kolam tu. Rupanya cedok air dan siram kat badan. Cessss... tertipu juga aku...  Parking kereta memang luas. Mungkin kerana BJ sampai hari dah lewat agaknya.  Perkhidmatan sewa baldi dan timba juga disediakan. Selain itu, di sini juga disediakan beberapa warung untuk para pengunjung menjamu selera. Terdapat juga perkhidmatan bekam menggunakan lintah di sini...

BJ sempat rakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Kualiti gambar 2 mega pixel jer tau. Jangan komen lebih-lebih...























 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened