Beberapa hari lepas aku terserempak dengan teman lama, bekas rakan sekerjaku yang kini menjadi seorang pensyarah di sebuah institut perguruan di ibu kota.
Rasanya tak elok aku ‘memperkenalkan’ namanya di sini. Kisahnya begini.....
Seperti biasa, selepas menghantar isteriku ke tempat kerjanya, aku akan melepak sebentar kat mana-mana kedai mamak. Selalunya juga aku akan ke jambatan Kelab Golf Seri Selangor untuk memancing tilapia di sana.
Hari tu aku gi lepak kat Restoran Alam Maju di Seksyen 4, Kota Damansara. Minum teh jer, bukannya nak makan pun coz perjalanan dari rumah ke tempat kerja isteriku mengambil masa 45 minit. So, apa salahnya aku berehat seketika, kan. Aku minum pun tak lama, habis jer minuman tu aku terus blah.
Semasa menuju ke motorsikal, aku perhatikan sebuah Proton Exora lalu di hadapanku. Rasanya macam ku kenal jer kereta dan pemandunya. Namunya si pemandu tak perasan akan aku yang ada di bahu jalan itu. Aku ambil keputusan untuk menunggu si pemandu keluar demi meyakinkan hatiku bahawa aku kenal si pemandu tadi. Beberapa ketika kemudian, si pemandu keluar dengan berbaju melayu dan bersongkok. Biasalah hari Jumaat, berbaju Melayu digalakkan untuk memakainya bagi orang Melayu. Yup... memang betul si pemandu tu ku kenali. Kenal... sangat-sangat kenal.
Rupanya teman lamaku dan bekas rakan sekerja ku dulu. Aku pun menyapanya dan dia agak terkejut juga melihatku. Yelah, dah hampir setahun juga rasanya kami tak berjumpa. Kami ni dulu boleh dikatakan agak rapat jugak. Namun tuntutan kerja membuatkan kami terpisah dan akhirnya tidak berhubung antara satu sama lain. Yang paling menarik ialah kami selalu berbalah pendapat tentang kerja, namun apabila disatukan, kami ialah satu pasukan yang amat kuat.
Sekali lagi aku duduk di restoran tadi. Kali ini aku tak minum. Aku hanya ingin berbual-bual dengannya sahaja. Bermula dengan bertanya khabar hingga ke hal-hal peribadi semuanya kami cuba selongkar dari kocek masing-masing. Almaklumlah dah lama tak berjumpa.
Cerita punya cerita, dengan tersengih kambing, teman lamaku ini mengatakan bahawa dia ni telah jatuh cinta. Pergh.... jatuh cinta lagi. Aku perhatikan riak di wajahnya dan dia seakan dapat merasakan yang aku tidak mempercayai kata-katanya. Namun sebagai teman, aku lemparkan juga senyuman dan sedikit nasihat kepadanya.
Katanya lagi, bukan dia tak sayangkan isterinya, tapi dia merasakan seakan hubungan mereka dah tak macam dulu lagi. Kemesraan tu kurang.....kata kau..... Mau jer rasanya aku katakan dia ni tua tak sodar diri. Anak dah bosar, tak lamo lagi nak dapek cucu. Ado hati nak pasang satu lagi. Tapi itu hak dia, kan? Tidak aku nafikan dari segi kewangan, memang temanku ni mampu. Dari segi batin pula tak dapek le den nak agak.
Setelah lebih kurang setengah jam bersembang, aku minta diri untuk bergerak. Dalam perjalanan ku pulang, aku tersenyum sendirian apabila mengenangkan teman lama ku tadi.
Aku juga teringatkan kata-kata seorang bekas rakan sekerja ku juga, yang sekarang telah berpencen. Katanya, “pompuan ni, tua ke muda ke, sama jer. Dua-dua ada apa yang lelaki mahu. Yang membezakannya ialah perasaan dan layanan yang kita terima dari mereka.”
Ya tak ya juga... Bagi aku pompuan ni, bila dah beranak pinak, depa lupa pula untuk menjadi seorang isteri. Ditambah kalau dia seorang yang berkerjaya. Untuk itu aku nasihatkan kepada kaum hawa, jadi seorang ibu dan pekerja yang baik dan jangan lupa yang anda juga seorang isteri. Bagi kaum lelaki pula, janganlah menganggap kebahagiaan itu telah pudar. Cubalah untuk meningkatkan kemesraan bersama pasangan masing-masing. Bagi kedua-dua suami dan isteri pula, luangkan masa berharga bersama-sama. Kalau keduanya saling memahami dan bekerjasama, nescaya kebahagiaan itu kekal ke akhir hayat...
0 ulasan:
Catat Ulasan