Selamat Tahun Baru 2011



Selamat menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua. Fuhhh.... ini adalah posting pertama untuk 2011. Sebenarnya BJ dah berpindah ke satu daerah yang diberi nama Batu Arang. At first, memang BJ dah isytiharkan daerah ini sebagai "No Broadband Zone". Tapi, at last.... godek punya godek dapatlah post satu posting untuk menyambut tahun baru ni. Sebenarnya semasa final Piala Suzuki 2010, meronta-ronta hati ini nak buat posting. Apakan daya dunia maya seakan me'reject' BJ dari online. Tambahan pula BJ sibuk mengemas barang dan dikemaskini.

Apapun 2011 dah pun menjelma, so, pandai-pandai korang la untuk melalui tahun baru ini. BJ taknak korang berazam, then dok macam tu jugak. BJ pun sama juga, tiada azam baru dan lama. Yang belum selesai, kena selesaikan dulu. Selagi yang lama belum tercapai, tiadalah azam baru. Lagipun apa lagi yang BJ nak, bini dah ada, anak lelaki dah ada, anak perempuan dah ada, harta dah ada walaupun sekerat jer. Kerja pun dah ada jugak. .....bini baru?.... itu takleh ler buat masa ni... poket kempis. Lagipun BJ dah dapat semua dari wife tercinta, takde ler terpikir nak tambah channel... 

 
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened