Pulau Hashima juga dikenali sebagai Gunkanjima terletak di Nagakasaki, Jepun. Ia pernah didiami dari tahun 1887 hingga 1974 sebagai kawasan perlombongan arang batu. Di pulau ini telah dibina bangunan-bangunan konkrit serta di kelilingi laut.
Gelaran lain untuk pulau ini ialah Pulau Berhantu atau “Ghost Island”. Pulau ini suatu masa dahulu terkenal dengan kegiatan lombong arang batu dan operasi mereka semasa Jepun mula menuju ke era perindustrian. Syarikat Mitsubishi membeli pulau ini dalam tahun 1890 untuk projek menggali arang batu dari dasar laut. Mereka membina bangunan konkrit yang besar, beberapa blok apartment pada tahun 1916 sebagai pejabat dan tempat tinggal serta kemudahan pekerja. Di samping itu ia dibina dengan tujuan untuk melindungi pekerja-pekerja mereka dari ribut taufan.
Dalam tahun 1959, penduduk di pulau ini mencecah sehingga 139, 109 orang.
Apabila petroleum menggantikan arang batu di Jepun pada 1960-an, lombong arang batu mula ditutup. Lombong arang batu di Pulau Hashima juga tidak terkecuali. Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan lombong mereka di pulau tersebut pada tahun 1974. Semua pekerja diarahkan meninggalkan pulau itu dan kini pulau itu tiada berpenghuni yang menyebabkannya digelar “Ghost Island”.
0 ulasan:
Catat Ulasan