Tragedi Sungai Kakus (Update)

 Hari ini (semalam), tujuh lagi mayat penumpang bot ekspres karam di Sungai Kakus ditemui.  Mangsa ialah Amilia Peter, 3, bapanya, Peter, 28, Alicia Emelda Sumping, 5, Jau Deng, 43, dan Lenny Ibin, 9, Empan Untam, 40-an Udah Engkeramat, 22.

 Kesemua mayat ditemui terapung dalam lingkungan 300 meter tidak jauh dari tempat perlanggaran itu.  Ini menjadikan kesemua 13 mangsa yang dilaporkan hilang telah ditemui semula bermula dari pukul 12.20 pagi dan terakhir ditemui pada 8.50 pagi.  Kesemua mangsa ditemui terapung dalam lingkungan 300 meter dari tempat kejadian dan mayat kesemua mereka masih lagi sempurna.

Dalam nahas yang berlaku pukul 2.30 petang kelmarin, enam mangsa ditemui semalam dan pada hari pertama kejadian iaitu, Bermas  Nyuin, 26, Lily Manggie, 38, Jennifer Yak, 10 bulan, Mias Renggan, 75, Wilfred Ukir Salleh, 56, dan Wong Siew Guan, 29.

Kira-kira 30 penumpang berada di dalam bot ekspres berkenaan yang bergerak dari Tatau ke Kakus sewaktu kejadian.  Seramai 17 penumpang terselamat hasil bantuan segera pihak berkuasa yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat bersama pekerja pembalakan di Kem Kelebu yang terletak tidak jauh dari tempat nahas itu berlaku.

Pemandu bot berusia 58 tahun yang berasal dari Sibu direman setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. 

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 74 anggota terdiri dari polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia termasuk enam penyelam Pasukan Gerakan Marin dari Wilayah Lima.

Polis turut menggerakkan tiga pasukan bagi mengambil keterangan daripada kira-kira 30 lebih rumah panjang yang berada di tepi Sungai Tatau sekiranya mereka ada kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan itu.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened