Bukan Hilang Tapi Lari

Rozalia Mat Lazim yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu sebenarnya bukan hilang mahupun diculik.  Gadis ini sebenarnya tiada jalan lain untuk memutuskan pertunangannya selain dari menyusahkan keluarganya sendiri, keluarga tunangnya dan juga masyarakat sekitar. 

Sudah tidak sehaluan dan tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka dikatakan berdepan masalah kira-kira setahun lalu. Ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan malam tadi, Rozaliya memberitahu bahawa Mohd Helmi bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu.  Laa... itu je masalahnya. 
Rupa-rupanya gadis ini dah dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar.  Dia kemudiannya dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.

Mohd Helmi yang hampir menjadi penghuni lokap, ketika ditemui berkata, hatinya sudah tawar dengan Rozalia dan telah memaafkan segala perbuatannya.

Kepada kedua-dua belah pihak, pandai-pandai le korang berbincang akan kesudahan pertunangan itu. Kepada Rozaliya, kalau sudah tidak suka, janganlah menyusahkan orang lain dengan melibatkan pihak polis.  Bayangkanlah kalau sesuatu kejadian buruk berlaku kepada Rozaliya, apakah nasib Mohd Helmi.  Paling kurang pun turun naik mahkamah kerana perbuatan awak yang salah itu. 
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened