Twitter: Terma dan Syarat

Amnya anda amat mengambil berat jika akaun Twitter anda digantung, terutamanya setelah anda berusaha keras untuk mengembangkannya.

Tiada siapa dapat menduga apa yang diinginkan oleh Twitter jika akaun mereka digantung. Memang benar mereka memaparkan terma dan syarat yang jelas, tapi kita tidak pernah tahu apakah sebenarnya yang mereka inginkan. Secara jujur, ia memang masuk akal. Jika Twitter mensyaratkan penggantungan kepada akaun yang mempunyai pengikut 1000 akaun  sehari, sudah tentu setiap orang hanya akan mencari 999 pengikut sahaja sehari. Dengan cara berdiam diri, prinsip ini amat berkesan untuk membuatkan kita mengikut peraturan mereka. Melaluinya kita dapat menjadikan akaun Twitter kita selamat dan konsisten setiap masa.

Anda tentu inginkan akaun anda kekal dan aktif bertahun-tahun lamanya. Oleh yang demikian, patuhilah prinsip-prinsip berikut:


Pertama : Jujur

Gunakan akaun Twitter dengan jujur dalam mempromosikan diri anda ataupun perniagaan anda. Ia akan mengekalkan anda di pihak yang mengikut peraturan. Twitter dibina sebagai medium untuk mempromosikan pendapat dan aktiviti anda. Menghantar link berbentuk spam  tidak sesuai dengan falsafah Twitter .


Kedua : Pengembangan Yang Teratur

Mengembangkan pengikut secara teratur adalah lebih baik daripada pengembangan yang luar biasa. Twitter sebenarnya memantau perkembangan ini. Cubalah untuk menghadkan menjadi pengikut atau mencari pengikut yang tetap dalam satu hari mahupun sebulan. Menambah 25 ke 50 pengikut sehari adalah lebih baik daripada menambah 1500 pengikut selang tiga hari sebulan. Dengan cara ini akaun anda akan nampak lebih matang. Anda boleh menambah pengikut mengikut kesesuaian mereka dengan anda.


Ketiga : Elakkan Terlibat Permainan Dalam Talian 

Permainan dalam talian sering menjadi tarikan di dalam Twitter  Elakkan diri anda daripada menjadi pengikut kepada mereka yang bermain permainan dalam talian. Sesungguhnya Twitter menyedari akan hal ini. Jika anda bermain permainan dalam talian, ianya seperti satu isyarat untuk orang lain menjadi pengikut anda. Rakan-rakan dan orang lain menjadi pengikut anda untuk jangka masa yang panjang terutamanya jika anda mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Awas! Dalam tidak sedar, ada di antara pengikut anda merupakan mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘hacking’. Agar lebih selamat, elakkan diri anda daripada terlibat dengan permainan dalam talian.



Keempat : Jangan Mengintip (Hacking)

Mempengaruhi orang untuk sesuatu perbincangan adalah lebih baik daripada anda menjadi pengintip.  Twitter tidak dibina untuk mengintip, jadi janganlah libatkan diri anda dalam aktiviti mengintip.

Jika anda mengekalkan dan mematuhi peraturan-peraturan ini, akaun anda akan lebih selamat. Jika sekiranya akaun anda digantung, Twitter akan mengambil kira tentang perkara ini dengan serius. Twitter tidak melakukan kesilapan setiap masa, jadi jika mereka mengkaji akaun anda, tiada alasan untuk mereka menggantungnya jika akaun itu ‘bersih’.


Ingat:
Jujur, pengembangan yang teratur, elakkan permainan dalam talian dan jangan mengintip

 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak dapatkan semula akuan twitter tu semula?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened