"Dressing"

Jumaat lepas (4 Mac 2011) aku gi klinik untuk rawatan luka kat kaki aku. Lepas ambil nombor dan lengkapkan pendaftaran, aku pun menunggu untuk berjumpa dengan pegawai perubatan yang bertugas. Alhamdulillah tak lama la pulak hari tu. Mungkin disebabkan oleh tak ramai orang yang sakit, kot. Doktor yang memeriksa aku hari tu menasihatkan agar aku mengambil ujian mengesan kencing manis kerana luka tersebut dah melebihi tempoh tiga minggu tapi tak juga sembuh. Aku akur dengan arahan doktor. Keputusan ujian menunjukkan bacaan 10.3 dan menurut doktor itu petanda awal potensi menghidap kencing manis. Alamak....terkedu aku. 

Kemudian doktor menyuruh aku pergi ke satu lagi bilik untuk dressing iaitu mencuci dan membalut luka tersebut. Sekali lagi aku akur. Kena tunggu nama kena panggil sekali lagi la pulak. Aku masuk ke bilik nombor 7 setelah tiba giliran aku. Dalam bilik tu terdapat tiga orang petugas perubatan dan tiga orang pelatih dari salah sebuah universiti terkenal negara. Yang buat aku teruja ialah apabila aku disuruh baring untuk prosedur dressing tersebut. Aku sempat bertanyakan siapa yang akan melakukan prosedur tersebut. Seriau juga aku tengok bebudak pelatih tu. Ye la, diorang macam budak tingkatan 6 jer aku tengok. Aku diberitahu yang bebudak tu le yang akan buat semuanya. Adoiiii...dalam kepala aku hanya ingat sakit jer. Tak confident betul aku dengan diorang ni.

Tapi alhamdulillah bebudak ni buat keje ok. Pelatih le katakan. Nak bubuh itu kena tanya dulu, nak letak ini kena minta kepastian dulu. Cara diorang buat kerja juga bertatasusila. Dari perasaan seriau pada mulanya tadi bertukar menjadi ok le pulak. Tambahan pulak bebudak ni memang mesra la jugak. Aku sempat curi-curi ambil gambar semasa prosidur tu berlangsung untuk kenangan aku sendiri.







Beginilah keadaan kaki aku selepas prosidur tersebut. Luka punya le kecik, tapi dibalut macam kaki aku ni kena 30 jahitan. Ye lah, siapalah bebudak ni nak membantah kata-kata sifu. Lagipun  dah mereka diajar macam tu. Begitu kata pengajar, begitulah diorang buat. Nak lawan karang, dapat D pulak. Kena la aku beli selipar baru pula untuk memudah pergerakan aku dengan balutan tersebut.  Hahahahaha..... orang lain tengok pun ingat kaki aku ni memang parah la sangat. Aku buat donno jer. 




 
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened