Pamukkale (Turkey)
Pamukkale bermaksud Istana Kapas menurut bahasa Turki dan anda boleh lihat sendiri kenapa tempat ini diberikan jolokan sedemikian. Kawasan ini adalah bekas tapak bandar purba Hierapolis. Setelah berabad lamanya, kedua-dua tempat ini seakan-akan bergabung menjadi satu. Beberapa kubur lama di bandar Necropolis telah menjadi sebahagian dari lanskap kawasan ini.
Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)
Gunung Erebus merupakan salah satu gunung berapi aktif terbesar di mukabumi. Ketinggiannya hampir 4 km di atas permukaan laut, dan terkenal kerana tasik lava aktif, yang terletak di kawah puncak. Gas gunung berapi panas terdiri dari bahan bakar untuk tasik lava. Gas panas keluar melalui rekahan dan retakan di bebatuan gunung berapi yang mengelilingi puncak Erebus telah menjadikan keunikan di sekitar gunung berapi ini.
Fly Geyser (Nevada, US)
Fly Geyser terletak di Nevada, Amerika Syarikat. Mata air panas ini boleh didapati di Lembah Hualapai. Pada tahun 1916, pemilik tempat itu sedang mencari air dengan harapan untuk mencipta kawasan pertanian di daerah gurun ini. Geyser di sini terjadi akibat galian demi galian yang dilakukan hingga terlalu dalam dan mencecah kawasan kerak bumi yang panas.
Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico, US)
Hakisan pada formasi batuan yang dibentuk oleh letusan gunung berapi letupan antara enam dan tujuh juta tahun yang lalu menjadikan kawasan ini seperti di dalam gambar. Formasinya kelihatan seragam dari segi bentuk. Yang membezakan ialah ketinggian dari beberapa meter sehingga 90 meter sepanjang tugu 4,000 hektar.
The Valley of the Moon (Argentina)
Ischigualasto, yang bererti "tempat di mana anda meletakkan bulan" adalah sebuah lembah terpencil di Argentina. Hal ini berdasarkan formasi geologi yang ditinggalkan oleh hakisan angin, batu berdiri mengagumkan dan batu-batu yang begitu bulat kelihatan seperti kelereng besar. Lembah yang dulunya subur kini kering dan mengandungi begitu banyak fosil tumbuhan dan haiwan yang menarik minat ramai ahli paleontologi dari seluruh dunia untuk mengkajinya.
Danxia Landform (China)
'Danxia landform' adalah fenomena geologi yang unik dan dapat dilihat di beberapa tempat di China. Antaranya terletak di Zhangye, Wilayah Gansu. Danxia, yang bermaksud "awan merah", terbentuk dari hakisan berterusan batuan pasir kemerahan.
Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park(Brazil)
Poco Encantado, atau Enchanted Well, terletak di Taman Negara Chapada Diamantina Bahia. Ianya sekitar 400 kilometer ke pedalaman Salvador, ibukota Bahia. Ini ialah sebuah kolam sedalam 120 meter dan airnya yang sangat jernih hingga kelihatan batu-batu dan batang pokok lama di dasarnya. Pancaran matahari yang tepat membolehkan cahaya masuk melalui rekahan dan menghasilkan satu refleksi biru di atas air. Akses ke kolam ini amat terkawal untuk perlindungan ekosistem persekitarannya. (Link)
The Stone Forest (China)
The Shilin (hutan batu) adalah contoh topografi yang amat unik. Ianya terdiri dari batuan batu kapur dan dibentuk oleh resapan air permukaan tanah dan menghakis sekitarnya kecuali tiang. Tempat ini terkenal sejak Dinasti Ming sebagai ‘Keajaiban Pertama Dunia’.
Wulingyan, Hunan (China)
Daerah Hunan penuh dengan pemandangan yang dramatik dan wilayah Wulingyan merupakan salah satu tarikan terbesar mereka. Keajaiban geologinya terdiri dari kawasan batu kapur. Terdapat air terjun dan beberapa gua batu kapur terbesar di Asia di sini.
Salar de Uyuni (Bolivia)
The Salar merupakan salah satu ikon bagi Bolivia, gurun garam terbesar di tengah Altiplano. Ini adalah gurun, hampir datar yang memantulkan cahaya matahari hingga kelihatan sedemikian rupa. 40.000 tahun lalu, daerah itu adalah sebahagian daripada Tasik Minchin, sebuah tasik gergasi prasejarah. Ketika tasik itu kering, dua tasik , Poopó Tasik dan Uru Uru Tasik, dan dua gurun garam utama, Salar de Coipasa dan Uyuni terbentuk. Uyuni bersaiz kira-kira 25 kali ganda saiz Bonneville Salt Flats di Amerika Syarikat. Dipercayai kawasan ini mengandungi 10 bilion tan garam, di mana lebih kurang 25.000 ton garam diekstrak setiap tahun.
1 ulasan:
Subhanallah!Cantik!Untung kalau dapat pergi tempat2 macam ni.boleh ambil gambar banyak2.huhu
Catat Ulasan