Dari Taj Mahal di India hingga ke Piramid di Mesir, semuanya adalah binaan yang amat mengkagumkan. Bagaimana manusia mampu membinanya sedangkan tiada teknologi canggih pada masa itu? Adakah semuanya bergantung kepada kepakaran dan kudrat semata-mata?
Apabila zaman semakin maju, maka banyaklah binaan yang lebih mengejutkan dan tidak pernah terfikir untuk jurutera zaman silam untuk membinanya. Bayangkan pada zaman silam, manusia terpaksa menggunakan sampan ataupun kapal untuk menyeberang dari sebuah pulau ke tanah besar atau ke pulau yang lain. Dengan adanya teknologi dan tenaga manusia yang bergabung, tercipta pula jambatan gantung.
Jambatan Gantung Akashi-Kaikyo
Lokasi : Jepun
Panjang : 1991 meter
Tahun Siap : 1998
Jambatan Gantung Great Belt
Lokasi : Denmark
Panjang : 1650 meter
Tahun Siap : 1998
Nama Lain : Jambatan Storebælt
Jambatan Gantung Runyang
Lokasi : China
Panjang : 1490 meter
Tahun Siap : 2005
Jambatan Gantung Humber
Lokasi : United Kingdom
Panjang :1410 meter
Tahun Siap : 1998
Info Tambahan : Terpanjang antara tahun 1981 hingga 1998
Jambatan Gantung Jiangyin
Lokasi : China
Panjang : 1385 meter
Tahun Siap : 1981
Jambatan Gantung Tsing Ma
Lokasi : Hong Kong
Panjang : 1377 meter
Tahun Siap : 1997
Info Tambahan : Menyediakan jalan raya dan jalan keretapi
Jambatan Gantung Verrazano-Narrows
Lokasi : Amerika Syarikat
Panjang : 1298 meter
Tahun Siap : 1964
Info Tambahan : Terpanjang di dunia antara tahun 1964 hingga 1981
Jambatan Gantung Golden Gate
Lokasi : Amerika Syarikat
Panjang : 1280 meter
Tahun Siap : 1937
Info Tambahan : Terpanjang antara tahun 1937 hingga 1964
Jambatan Gantung Yangluo
Lokasi : China
Panjang : 1280 meter
Tahun Siap : 2007
Jambatan Gantung Mackinac
Lokasi : Amerika Syarikat
Panjang : 1158 meter
Tahun Siap : 1957
0 ulasan:
Catat Ulasan