Evolusi teknologi menyaksikan karya unik untuk motorsikal konsep yang baru. Walau menarik, entah kenapa kesemua motorsikal konsep gaya baru ini tidak pernah berada di jalanraya mahupun dijual di kedai motorsikal. Tujuan penciptaannya hanyalah untuk memberitahu dunia yang syarikat pengeluar tersebut mempunyai imaginasi serta mampu menterjemahkan masa depan melalui motorsikal keluaran mereka. Siapa tahu..... mungkin suatu hari nanti kita akan melihat motorsikal konsep gaya masa depan memotong ketika kita memandu. Namun begitu jika anda kaki wayang, mungkin anda berpeluang menyaksikan motorsikal konsep seperti batpod yang pernah digunakan dalam filem Batman, “Dark Knight”, di bawah.
Honda V4
Honda V4 ini dipamerkan pada tahun 2008 di Pertunjukan Motorsikal Intermot, Jerman. Ianya amat bergaya dan bercirikan motorsikal masa depan yang dicadangkan sebagai model keluaran terbaru Honda tetapi masih belum menjadi kenyataan.
Suzuki G-Strider
I Care
I.Care dicipta atas gabungan teknologi, rekabentuk dan kelajuan. Ianya direka dan dipersembahkan oleh syarikat Perancis, Enzyme Design. I.Care dikatakan Aston Martin beroda dua yang datang dengan enjin Honda 1.8 enam silinder.
Victory Vision 800
Victory Vision 800 adalah motorsikal konsep sebenar yang dicipta untuk memberitahu bagaimana radikalnya Victory, anak syarikat Polaris ATV bekerja. Namun demikian, syarikat berkenaan tidak bercadang mengeluarkan Vision 800 ini untuk pasaran.
Yamaha Tesseract
Melalui Yamaha Tokyo Auto Show 2008, Yamaha memperkenalkan motorsikal konsep Tesseract. Motorsikal konsep hybrid ini didatangkan dengan enjin V-Twin dengan motor elektrik.
Peraves Monotracer
Bombadier Embrio
Syarikat pengeluar Bombardier mengumumkan telah mencipta Embrio iaitu sebuah unicycle robotik pada tahun 2003. Malangnya ia hanya rekabentuk konsep sahaja. Jika dicipta pun, ia tidak akan dibenarkan di jalan raya. Ia direka untuk mencapai tahap kelajuan di lebuhraya dan digerakkan oleh sel bahan api hidrogen.
Batpod
Batpod dicipta oleh Nathan Crowley untuk filem Batman, Dark Knight. Direka untuk prestasi tertinggi, enjin satu silinder serta penyejukan air. Gearnya pula adalah dari rendah kepada pecutan tertinggi. Tambah menarik ialah, Batpod tiada paip ekzaus.
Dodge Tomahawk
Syarikat pengeluar Dodge bertanggungjawab mengeluarkan motorsikal konsep Dodge Tomahawk ini. Karya yang dianggap tidak masuk akal dan hanya direka oleh orang gila ini pertama kali dilihat di Detroit Autoshow pada tahun 2003.
Confederate Renovatio
Motorsikal konsep Confederate Renovatio ini dikeluarkan oleh syarikat pengeluar Confederate Motorcycles dari Amerika Syarikat. Rekaan yang agak radikal ini dibina oleh Ed Jacobs.
1 ulasan:
smartnya design...tapi mungkin certain tak practical..mat rempit pun takleh buat aksi pelik..hihi
Catat Ulasan