Penduduk tempatan di sebuah bandar kecil, Darvaza, Turkmenistan menamakan ia sebagai “Pintu Ke Neraka”. Di sini terdapat kawah seluas 50 hingga 100 meter yang sentiasa terbakar.
Pada tahun 1971, beberapa ahli geologi Rusia menjalankan kajian untuk mencari gas asli di sini. Semasa proses penggerudian, mereka menjumpai sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas asli. Dengan tidak semena-mena ianya runtuh dan membentuk sebuah kawah yang besar. Untuk mengelakkan gas beracun keluar dari lubang, mereka bersetuju untuk membakar kawah tersebut. Oleh kerana kawasan ini kaya dengan gas, ia sentiasa terbakar, penduduk menggelarkannya “Pintu Ke Neraka”.
0 ulasan:
Catat Ulasan