Sebuah pesawat milik Qantas iaitu Airbus A380 yang dalam perjalanan menuju Sydney melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada jam 11.46 pagi tadi. Kesemua 469 penumpang dan anak kapal telah diturunkan dengan selamat.
Bas disediakan untuk membawa mereka dari pesawat yang ditempatkan di landasan 2 ke terminal lapangan terbang.
Penerbangan Qantas QF 32, dalam perjalanan menuju Sydney, Australia, berlepas dari Lapangan Terbang Changi kira-kira jam 9.56 pagi tetapi atas sebab-sebab teknikal, pesawat itu berpatah balik ke Changi dan mendarat dengan selamat pada jam 11.46 pagi.
Enam jentera bomba dikejarkan ke landasan selepas pesawat itu mendarat, kata jurucakap itu sambil menambah bahawa ia mengikut prosedur standard operasi bagi insiden seumpama itu.
Sebagai respons kepada permintaan juruterbang, pemeriksaan dijalankan di dalam pesawat oleh pasukan perkhidmatan kecemasan.
Selepas pemeriksaan dijalankan, para penumpang dan anak kapal diturunkan dari pesawat dan ia selesai pada 1.40 tengah hari, kata jurucakap itu.
Landasan 2, yang terus ditutup sejak pendaratan pesawat itu, akan dibuka lewat hari ini. Jadual penerbangan berlepas dan mendarat di landasan 1 diteruskan dan operasi di Changi tidak terjejas.
Jurucakap Qantas, Emma kearns memberitahu bahawa salah satu dari enjin pesawat berkenaan mengalami kerosakan dan berlaku satu letupan.
Saksi di Pulau Batam, Indonesia, melaporkan mendengar satu letupan besar dan melihat serpihan panel termasuk dicat putih dan merah jatuh ke kawasan rumah penduduk dan pusat perniagaan berhampiran.
Berikut gambar-gambar kemalangan udara tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan