Kerajaan pada hari Selasa mengumumkan penyelarasan gaji kerani tapak di tapak-tapak pembinaan sehingga 112 peratus mengikut kelayakan dan pengalaman kerja masing-masing.
Pada masa ini gaji semasa yang diterima pekerja berkenaan terlalu rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.
Kerani tapak ini merupakan mata dan telinga bagi jurutera atau pengarah projek di tapak pembinaan. Pengarah projek mungkin akan turun dua hari sekali, tetapi kerani tapak berada di sana 24 jam untuk melihat kualiti kerja mengikut spesifikasi atau tidak. Mereka juga bertugas menyemak tuntutan selain memastikan prosedur kerja teratur.
Untuk pengetahuan, kerani tapak ini dilantik oleh konsultan tapi gaji dibayar oleh kerajaan.
Penyelarasan gaji itu akan dapat memastikan para pekerja melaksanakan kerja dengan lebih berkualiti, setanding dengan projek-projek yang mereka kendalikan.
Seorang kerani tapak yang berkelulusan diploma dibayar gaji sebanyak RM1,200. sebulan. Dengan gaji sebanyak itu adalah amat payah untuk mendapat seorang pekerja yang berkualiti, menjaga projek yang nilainya RM300 juta.
Dalam penyelarasan tersebut, julat kenaikan gaji bagi pekerja iktisas sementara adalah antara tiga dan 71 peratus, manakala petugas separa iktisas dan sokongan dengan atau tanpa Diploma pula menikmati kenaikan antara 94 dan 112 peratus, mengikut tempoh pengalaman bekerja masing-masing.
Sumber : Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan