Musim cuti sekolah hampir tiba. Ramailah ibu bapa yang dah berkira-kira untuk balik kampung bersama-sama anak-anak mereka. Anak-anak pula dah terbayang wajah atuk dan opah mereka. Tambah-tambah lagi nak raya haji. Fulamak tentu seronok dapat balik kampung. Aku.... akan terus di sini... Tak apalah, raya ke, cuti ke, sama saja bagi aku. Kampung atau bandar, hanya dibezakan oleh kemeriahan sambutan itu. Namun aku ingin mengingatkan kepada semua agar berhati-hati semasa memandu balik kampung nanti. Yang bawa motor, jangan le laju sangat. Kampung tak lari ke mana, cuma kita jer yang tinggalkan dia Kepada yang menggunakan perkhidmatan awam, pilihlah syarikat yang sudah terbukti komitmen mereka kepada pelanggan di mana penumpang selamat sampai ke destinasi. Bukannya yang sudah terbukti dok accident jer, penumpang pula selamat sampai ke hospital. Semoga gambar-gambar di bawah menjadi ingatan kepada aku sendiri dan anda semua. Aku "select" gambar-gambar ni semasa jalan-jalan cari makan tadi.
p.s:
Terdapat beberapa gambar yang mungkin menyentuh sensitiviti kita. Aku ingatkan jer... nanti korang persalahkan aku pula.... Ha... letak tepi dulu nasi tu...
Tak cukup jalan...
Buek apa tu???
Kuda pun accident juga...
So, selamat atau tidak kita sampai bergantung kepada diri kita sendiri.
- Periksa kenderaan anda.
- Pandu ikut peraturan.
- Ingatkan orang yang tersayang.... dan yang penting.....
- Jangan susahkan orang lain
0 ulasan:
Catat Ulasan