Tertuduh diiringi polis |
KUCHING : Seorang remaja 19 tahun tidak dapat menahan kesedihan semalam apabila dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun oleh Mahkamah Session di sini atas kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur.
Remaja terbabit mengaku yang dia telah merogol seorang kanak-kanak bawah umur yang berusia 11 tahun di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman yang menjatuhkan hukum tersebut berdasarkan Kanun Jenayah Seksyen 376(2)(e) yang memperuntukan penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang berbaju T perang menangis sambil menoleh ke arah ahli keluarganya yang hadir pada perbicaraan itu. Tertuduh yang juga seorang penganggur dan berasal dari Simunjan merayu diringankan hukuman kerana telah menyesal di atas perbuatannya itu. Ahli keluarga tertuduh juga tidak dapat menahan kesedihan apabila hukuman dijatuhkan.
Menurut fakta kes, mangsa telah memberitahu ayahnya yang dia telah dirogol oleh seorang lelaki bernama Adam pada 16 Oktober 2010 jam 3.10 petang. Tertuduh pada hari kejadian dikatakan pergi ke Air terjun Ranchan di Serian untuk bertemu teman wanitanya. Di sana tertuduh telah berjumpa dengan mangsa yang juga kawan kepada teman wanitanya itu.
Setelah mandi-manda di kawasan air terjun tersebut, tertuduh menghantar teman wanitanya balik dengan menaiki motorsikal. Mangsa duduk di bahagian tengah. Selepas menghantar teman wanitanya, tertuduh membawa mangsa bersiar-siar di Ladang Kelapa Sawit Gedong di mana mangsa dirogol kemudiannya.
Tertuduh kemudiannya meninggalkan mangsa tidak jauh dari rumah mangsa kerana takut. Dia juga cuba mengelak dari berjumpa dengan mangsa dan tidak menghubungi mangsa. Setelah mendapat aduan dari ayah mangsa, tertuduh telah ditangkap pada 17 Oktober 2010 jam 8 pagi. Tertuduh telah ditahan di Balai Polis Gedong.
1 ulasan:
muda2 lagi dah kena penjara.. rogol budak plak tu. :(
Catat Ulasan