Empat Terkorban Dalam Dua Kemalangan Berasingan


Kemalangan lori dan kereta
KUCHING: Dua kemalangan maut yang berlaku di Betong dekat sini semalam mengakibatkan empat kematian, seorang cedera parah dan seorang cedera ringan.

Kemalangan pertama berlaku sekitar jam 10 pagi, 42 kilometer dari Sri Aman apabila sebuah kereta Proton Saga menuju ke arah Bintulu hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang licin lalu bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan.  Insiden itu menyebabkan pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala penumpangnya masih koma

Mangsa berusia 25 tahun dari Serian dan bekerja di  Bintulu. Difahamkan mangsa dalam perjalanan balik untuk pergi ke tempat kerja selepas bercuti Hari Raya Haji manakala penumpangnya juga berasal dari kampung yang sama.

Kemalangan lori dan pacuan empat roda
Beberapa minit insiden itu, satu lagi kemalangan serius turut berlaku.  Ia terjadi sekitar 18 kilometer dari tempat kejadian kemalangan pertama berlaku iaitu 60 kilometer dari Sri Aman.

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori dan kenderaan pikap pacuan empat roda.  Pemandu lori yang dalam perjalanan dari Sri Aman dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan jenis Mitsubishi itu.

Pertembungan itu menyebabkan tiga lelaki dalam kenderaan itu maut di tempat kejadian manakala pemandu lori dan penumpangnya terselamat dari tempat kejadian malang itu.

Mangsa, pemandu kereta berusia 43 tahun dari Serian serta dua lagi penumpangnya Wan Malik Wan Oya, 44, dan Abang Morni Abang Sepawi,52  dari Kampung Hilir Sri Aman menemui ajal dalam kejadian itu.  Insiden itu menyebabkan kereta mangsa putus dua. Mayat mangsa di hantar ke bilik mayat di Sri Aman.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori terselamat daripada kecederaan selepas lori yang dipandunya terbabas dalam longkang yang tidak berair.

Kemalangan sering berlaku di sepanjang jalan itu dan penduduk mengadu bahawa tiada kerja baik pulih dilakukan di jalan itu oleh pihak bertanggjawab.
 

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2010 - Something Happens...Just Happened