Glaukoma adalah penyakit mata di mana saraf optik di belakang mata perlahan-lahan menjadi rosak. Saraf optik menerima cahaya dari retina dan memancarkan ransangan ke otak yang kita sebut sebagai penglihatan. Orang ramai biasanya tidak menyedari tanda-tanda penyakit ini sehingga mereka kehilangan penglihatan.
Gejala
Kerosakan berlaku sangat perlahan dan secara berperingkat, bermula dengan kerosakan penglihatan sampingan atau apa yang disebut penglihatan sisi. Satu mata merangkumi untuk yang lain, dan pengidap tetap tidak menyedarinya sehingga majoriti dari serat saraf telah rosak sepenuhnya, dan sebahagian besar penglihatan tidak lagi jelas. Penglihatan lurus ke depan juga terjejas. Kerosakan ini tidak boleh diubati.

Siapa Yang Berisiko?
Sesiapa sahaja boleh mengidap glaukoma
Sesiapa sahaja boleh mengidap glaukoma
- Berumur 45 tahun ke atas
- Keluarga yang mempunyai sejarah glaukoma
- Diabetes
- Migrain
- Penglihatan pendek (myopia)
- Kecederaan mata
- Tekanan darah
- Penggunaan ubat cortisone (steroid)
Sesiapa di dalam kumpulan di atas harus melakukan pemeriksaan mata apabila mencecah usia 35 tahun. Adalah disarankan untuk melakukan pemeriksaan untuk glaukoma pada usia 40 tahun.
Bagaimana Ujian Dilakukan?
- Pemeriksaan mata yang teratur adalah cara terbaik untuk mengesan glaukoma.
- Ujian glaukoma biasanya meliputi perkara berikut:
- Pemeriksaan saraf optik menggunakan alat yang dipanggil optalmoskop
- Pemeriksaan tekanan pada mata (tonometri)
- Penilaian jarak penglihatan jika diperlukan - ini menguji sensitiviti penglihatan sisi, tempat pertama serangan glaukoma
Apakah Jenis Glaukoma?
Glaukoma Kronik (primer sudut terbuka)
Tekanan rendah atau glaukoma normal. Kadang-kadang kerosakan saraf optik boleh berlaku secara tekanan rendah. Glaukoma kronik melarat perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Mangsanya tidak menyedari sehingga peringkat akhir kerana lewat mendapatkan rawatan. Ruang penglihatan menjadi semakin kecil. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Penglihatan juga menjadi semakin sukar dalam keadaan gelap. Akibat dari penglihatan masih tidak terang, pesakit glaukoma kronik akan kerap menukar cermin mata.
Glaukoma Akut (sudut penutupan)
Glaukoma akut adalah ketika tekanan di dalam mata cepat meningkat kerana iris menghalang pengaliran cecair. Serangan glaukoma akut selalunya parah. Pengidap biasanya menderita sakit, mual, penglihatan kabur dan kemerahan pada mata. Bantuan perubatan segera harus diperolehi. Jika rawatan tertunda, boleh menyebabkan kerosakan penglihatan kekal dalam masa yang singkat.
Glaukoma Kongenital
Jenis yang jarang berlaku ini disebabkan oleh sistem pengaliran cecair yang luar biasa. Ia boleh berlaku ketika lahir atau kemudiannya. Ibu bapa mungkin menyedari bahawa si kecil sensitif terhadap cahaya, memiliki mata yang besar, dan air mata yang berlebihan. Pada peringkat ini, pembedahan biasanya diperlukan.
Glaucoma Sekunder

Jenis ini berlaku akibat dari gangguan lain seperti kecederaan mata, katarak dan radang mata. Penggunaan steroid (kortison) cenderung untuk meningkatkan tekanan pada bola mata. Pemeriksaan yang kerap perlu dilakukan jika menggunakan steroid secara kerap.
Penjagaan
Penjagaan tidak dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Tapi itu boleh dikurangkan, atau paling tidak, melambatkan proses kerosakan. Itulah sebabnya amat penting untuk mengesan masalah seawal mungkin agar rawatan awal dapat dilakukan.

Cecair titisan - ini adalah bentuk perubatan paling umum dan harus digunakan secara teratur. Dalam beberapa kes, pil diberikan oleh doktor. Titisan boleh berubah-ubah untuk menyesuaikan pesakit dan jenis glaukoma.
Cecair khas - ketika cecair titisan sendiri tidak dapat mengurangkan tekanan pada mata, doktor mungkin memberikan cecair khas.
Laser (trabeculoplasty laser) - ini dilakukan ketika cecair titisan tidak menghentikan kemerosotan penglihatan. Dalam banyak kes, penggunaan cecair titisan perlu diteruskan selepas penggunaan laser. Penggunaan laser tidak memerlukan pesakit tinggal di hospital.
Pembedahan (trabeculectomy) - ini biasanya dilakukan setelah penggunaan cecair titisan dan laser gagal untuk mengawal tekanan pada mata. Satu saluran baru dibina agar cecair yang terperangkap dapat mengalir meninggalkan mata.

Sokongan
Glaukoma tiada ubatnya, diagnosis bererti rawatan seumur hidup dan pemeriksaan yang lebih kerap. Bertemu dan berbicara dengan pengidap glaukoma yang lain sangat membantu. Rujuk dengan hospital dan pusat rawatan mata di kawasan anda untuk mencari persatuan glaukoma tempatan dan aturkan waktu pertemuan.
Setiap hari adalah satu fasa baru...

0 ulasan:
Catat Ulasan